Sunday, August 21, 2011

Cara - cara bercinta dengan Allah SWT


Untuk mendapatkan kecintaan tuhan,
Sempurnakanlah solat fardhu di awal waktu,
Ketika solat, lakukanlah DENGAN PALING LAMBAT,
Mereka yang mempercepatkan solat...
Bolehlah diandaikan menyampah untuk aktiviti tuhan,
Sebagai contoh...
Kita ada minat dengan seorang Artis,
Katakanlah Siti Nurhaliza adalah pujaan anda,
Katakanlah anda diberi peluang berdamping dengan dia,
Adakah SAAT berdamping dengan dia itu,
Anda percepatkan atau perlahankan...
kalau anda hendak cik siti tertarik dengan anda,
adakah dengan cara terburu2 dan cepat2
Akan menyebabkan Siti Nurhaliza sukakan anda?
Sudah tentu Siti akan meluat dengan anda...
Begitulah ibaratnya dengan ibadatnya solat...
lagi lambat anda selesaikan proses rukun solat,
Lebih mendapatlah anda perhatian dari Allah,
Lebih2 lagi kalau anda tunaikan solat pada waktunya.
Dan lebih2 lagi...
anda berpakaian sangat cantik & wangi ketika solat,
solat anda jenis inilah mendapat perhatian tuhan.
Tuhan akan bertambah cintakan kita,
Kalau kita solat di tengah malam...
rahsianya sangatlah besar...
Nak tahu kenapa?
Setiap malam Allah turun ke atmosfera planet bumi,
hanya semata2 untuk meninjau,
Kalau2 ada hamba2nya yang ingatkan dia,
Mengingatinya dengan cara dirikan solat di waktu malam,
di saat semua manusia sedang lena tidur,
barangsiapa yang mendapat perhatian tuhan
Di waktu malam sedangkan orang lain tidur,
apa jua permintaan dia Allah pasti makbulkan 100%.

Inilah jalan untuk kita bercinta dengan tuhan.
Allah telah mengajarkan kita melalui Al Fatihah.
wassalam.