Thursday, December 27, 2012

Bintang

Nyamannya cuaca ini!

langit seperti menunduk..
sepertinya mahu mengatakan sesuatu..


oh.. langit, apa yang kau nak kata pada ku?
adakah kau ingin kata ada bintang baru di atas sana?
kalau ada... aku ingin terbang ke atas!
untuk melihat bentuk sebenar bintang..
kenapa bintang itu selalu berkelip bercahaya
kenapa bintang itu jauh dan terapung
kenapa wujudnya bentuk2 bintang zodiak
kenapa juga bintang di dunia harus di lukis dengan adanya 5 penjuru
adakah itu sebenarnya bentuk bintang?

kalau ada juga.. aku mahu melukis gambaran sebenar bintang itu..


kalaulah aku dapat terbang ke sana..
kerlipan mataku pasti tidak lagi berkelip
menikmati indahnya bintang sebenar..

aku mahu pulang ke bumi dengan senyuman
yang pasti dapat menerangkan segenap hati manusia..
lagi indah kalau bintang itu dapatku petik
tunjukkan ia kepada manusia
supaya mereka bersyukur dan hargai ciptaan Ilahi.

kalaulah aku dapat terbang ke sana..
akan aku ciptakan lagu untukmu
walau kau tidak bernyawa sekali pun
keindahan mu di atas,
adalah sesuatu yang cantik di sini..
megahnya bintang di atas sana
dengan gaya mu
cahaya mu
aku hanya kerdil di muka bumi
yang hanya menikmatinya dari jauh...

segarnya pemandangan..cukup dengan angan-angan ku yang terbang tinggi untuk mencapai bintang..
aku tunduk.. ya, aku masih di bumi nyata..
bila di lihat kembali ke arah bintang, macam baru tadi aku terbang..
aku pasti akan rindukan mu bintang!

jangan tinggalkan aku!
muncullah engkau bila2..
kalau kau ada, aku juga masih ada
kalau kau bercahaya, aku juga masih bercahaya..
walau kau jauh, kau tetap di situ..dan aku di sini..
kita sama sama perhati dari jauh..
tapi jangan tunggu aku!
walau aku tiada,
kau harus tetap berseri megah bercahaya nun di atas sana
untuk menawan hati insan lain selain aku..
kau dan aku tetap bersatu..

kejoraku bersatu...






Azhana & sahabat.. @}-->----

Entah suratan atau kebetulan...

memang nak sangat menceritakan hal ni..

semester 4 bermula..
kelas BEL atau presentation skills..
nama Lecturer Madam Azhana..

one thing yang aku rasa mcm tak suka mungkin sebab azhana ni agak kureeennnggg ckit..
awal aku masuk,dia pesan utk purpose 3 tajuk..
dengan semangat yang ada, aku menuju ke mejanya dan tunjuk..
 tup tup tup
REJECT!!

ok fine.. masa ni memang aku rasa mcm nak menangis..bertahan lagi utk try next week..

tiba jumaat..
11 tajuk aku purpose..
tapi...
semua......REJECTED!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

masa ni memang dah down to earth habis dah..
memang rasa nk sampaikan siku ni kat dia..
tapi...

dengan berkat kesabaran..
dan dengan berkat kebaikan kawan dalam kelas..
Kerol tolong bagi tajuk FIBERGLASS....
dan Kak Finaz menghulurkan bantuan dengan tajuk HOME ACCIDENTS..

azhana APPROVE!
itu pun nasib baik sebab dia rush..lakinye dah tunggu lame..

habis klas..
masuk kereta,tutup pintu..
berjurai lah air mata kerana kecewa,sedih,malu,sakit hati, geram, marah...
kalau di sukat, dapat jugak kumpul 1 baldi air mata...
Tuhan je yang tau mcm mana pedih sedih perit bengangnya aku masa tu...
dan aku tekad ..takkan ambil subject tu sem ni..
tapi..atas dasar nasihat kawan2..
selepas 2-3 minggu aku tak hadir ke kelas azhana ni..
aku akur juga
tunduk dengan ego ku
teruskan perjuangan..

tiba masa presentation 1 dengan tajuk FIBERGLASS..

"Fiberglass is from the molten glass that drawn into a thin fiberglass approximately 0.005 mm - 0.01 mm. These fibers will be twisted into yarn and then absorbed by a natural chemical name as "resin" to be a strong fiber.
The development of fiber for commercial use was researched in the 1930sFiberglass was found by Russell Games Slayter from Owens-Corning when he had used the fiberglass as insulation. Owens-Corning is the company that led the market on fiberglass technology."

sampai sekarang aku masih lagi ingt rangkap ni..


tanpa disangka.. azhana memuji presentation aku dengan jayanya..
maka di situ lenyap lah ketidakpuashati-an aku terhadapnya..

syukur..dengan bantuan kawan2..
presentation aku berjaya..

kawan2 ni la yang tolong aku..
diorang ni semua,dalam wassap tu jangan cakaplah.. hari2 jual kerepek dengan penyapu..
sbb group ni suka merapu..

keakraban kami sebagai kawan klas memang ternyata berhasil..
family, anak2, husband, wifey, life...makan, tgk bola, study, assignment, sedih, senang, gila, merepek, merapu..
itu rutin yg kami pernah buat setakat ni.. 
entah sampai bila akan terus kekal begini..

walau apa pun sahabat sekalian..
aku sangat bersyukur dan berterima kasih sbb korang dapat ceriakan hidup aku setakat ini..
walaupun banyak merapu, tapi korang tetap the best.
aku banyak belajar dari korang, memandangkan kita semua masing2 ada pengalaman sendiri..
sharing is caring..

terima kasih kerana masih lagi membuat aku tersenyum skarang ni..
walaupun byk agenda yang menarik,tapi tidak dapat dipublishkan..
ehehe.. u guys know what i mean..

guys,
sebelum ni aku ramai kawan..
awal2 dulu macam ni lah..
so closed..
gelak sedih suka outing sama2..
tapi.. entah tiap kali aku happy, pasti ending mcm x best..
ada yang ini ada yang itu..
lepas tu hilang.. no more close fren..

dengan harapan,
aku xnak mcm tu lagi..
aku perlukan sahabat yang akan sentiasa dengan aku sampai aku tua berkedut..
sbb kawan2 ni lah yang menyerikan aku...
Ingat... korang lah yang memang menyerikan aku dan membuatkan aku comel berseri-seri.. :)


thank you guys always supporting me... read and keep reading my blog..
thank you so much..

ok cukup... mata dah berair..
:')

love you guys deeply!
be "Sahabat" with me forever pls..

with love... <3

who cares?

Yes,

Smile, lough, mad, angry, sad, happy or crying everyday....


Yet,

No one cares about the rutin that i should take..
Medicine..for my kidney.

Nobody ask me how are my kidney condition
Nobody remember how bad my kidney
and nobody ask me..

the happiness inside i think that good enough
they seems like can't see it
timeless

who cares?
nobody..


Bunyi kipas

Kalau dapat di tulis bunyi kipas siling, pasti lebih menarik..

aku, mata, kipas....

Pelbagai persepsi yang berlegar dalam kotak fikiran..
Tapi, tak satu pun yang melekat untuk di fokus-kan..
apa yang menggangu ku?
mungkinkah bunyi kipas tu?
atau kerana mata sudah dahulu lena terpejam 9.40pm tadi?
sekarang.. jam di handphone menunjukkan 3.43pagi..
Persepsi fikiran masih lagi berlegar..
mungkin diiringi dengan bunyi kipas..
atau mungkin fikiranku sedang seperti kipas tu?


lagi..
Kalau dapat di tulis bunyi wassap dalam phone, pasti juga lebih menarik..
screen telefon tertera group wassap..
senyum..
inilah yang membuatkan aku tersenyum..
dengan telatah mereka, aku memang tidak akan berhenti senyum dan ketawa..

senyum..dan tersengih
terkadang sedar diri.. macam kurang siuman..
tapi...
mereka masih buatku tersenyum..
biarlah akal berasa kurang siuman, tetapi hati tetap tersenyum.
seri dengan senyuman yang terukir di sudut bibir ini..
Apa pun, ia tetap sesuatu yang menggembirakan aku saat ini..
Alhamdulillah


Aku masih bermenung sendirian..
dalam diam..hanya di sulamkan dengan bunyi kipas di siling..

Tenung dan diam
pusing dan diam..
teringat entry yang lepas, semuanya sbb lapar..
kali ni perut memang ternyata kenyang.. sbb sblm tidur tadi tekak da merasa kue tiaw goreng kegemaran di kedai makan lenggong, seksyen 20..
ha! ckp pasal makan, mungkin inilah punca aku tidur awal..
ular sawa melengkau atas katil sampai mata terpejam..
dan sekarang.. padahnya terjaga lewat pagi..

Tapi aku masih memikirkan apa yang harus aku buat?
macam mana nak tidur semula dengan nyaman?
perlahankan kipas itu atau apa?

aku terus diam..
menggerakkan hujung kaki
memeluk bantal
menarik selimut tebal
dan coba untuk lelapkan mata..
coba dan aku harus coba..



Wednesday, December 19, 2012

20122012

Tik Tik Tik...
pagi indah muncul kembali..
aku tau apa yg aku akan lalui pagi ini..

kesedihan.
kesedihan adalah temanku yang paling setia..
duka..gembira..ia pasti muncul.

tindakanku agak janggal pagi ini.
ya.. pagi terakhirku bersama along, syuhada, isma & haziq..
pagi pagi hati sebak lagi..
air mata menitik, lekas ku sapu..
nanti ternampak dek along, dia pula tak senang hati..

Ada satu perkara yang membuatkan aku sedih..
dengan keadaan diriku sekarang ni,
memang aku tak nafi aku akan menyesal..
ia suatu perkara yang amat menduka citakan..
tapi..sudut hatiku berkata, suatu hari nanti aku pasti dapat penuhi impian dan harapan utk mereka..
cuma sekarang,aku seorang yang lemah tapi masih berdiri dikaki sendiri..
hanya Allah Ta'ala yang mengerti..

aku pasti..
ujian ini akan kuhadapi kerna kebahgiaan itu menanti..
syukur ya Allah.. aku hanya bergantung padaMu sahaja..
susah senang, sedih gembira..
aku tau Kau menguji diriku..
aku tidak lagi heran akan kekuasaanMu..
kebahagiaan itu tetap milikku..
aku pasti..


"kakak, abang.. bangun mandi..nanti tertinggal bas"

sejam berlalu, semua sudah bersiap2..
aku saja yang masih melilit tudung di kepala..
alhamdulillah..
cakap pasal tudung..
aku tau ini jalan yang terbaik utk diriku..
dan syukur,hari yang dinanti telah tiba..
awal muharam bulan lepas aku selesa mengenakan tudung..
niatku hanya kerana ingat Allah.. 
biarlah aku sendiri yang terbeban atas dosa yang silam,bukan ayahku & suamiku..
syukur..

"dah jom kita turun..."

kunci diacukan ke kereta .."teett teett" 
buka bonet, masukkan barang.
enjin kereta dipanaskan sebentar..

"bismillahirrahmanirahhim"

bergerak la kami menuju ke bastand sek 17,shah alam..

8.30 tepat kami di sana.. 

tunggu..
tunggu..
dan masih menunggu...
dikala menunggu.. waktu pasti berdetik..
menghayati kegembiraan si comel haziq, berlari2 tanpa arah tuju.
apalah yang mahu diherankan..
dia hanya berusia setahun lebih..
orang kata " budak baru dapat kaki"..
mulut mengomel..kaki laju berjalan ke sana sini..
maka terkejar kejarlah aku dan along..
kakak dan abang senyap...
tapi..
abang da mula sedih..
sedihnya kerana aku tinggal sorang..
janganlah nangis wahai gangster kampung..
mak cik lagi sedih,tapi mak cik taknak tunjuk.
nanti orang nampak mak cik nangis.

diam ..
bas pun sampai..
jantung berdegup pantas.
hati mula sebak
mata mula bersinar..
tahan..

masukkan barang2 bawah bas..
naik bersama..hantarkan mereka ke sit yang tertera di tiket bas di beli semalam..
nah.. 
kakak dan abang duduk berdua, along atau selesa di pnggil umi duduk di single sit dengan haziq..
alhamdulillah, sit yang agak selesa..
kalau sebelum ni aku balik, dapat sit yang keras kematu,x bleh nak adjust..dan pastinya xselesa..
apakan lagi budak..alahai..kesian..
tapi yg dpt tu memang rezeki mereka..sit selesa.. dan lebar..

abang sedih lagi..
ah.. x boleh jadi ni!
aku cepat2 cium tangan along.. cium haziq.. 
hulur tangan kat kakak dan abang..
"abang jangan sedih ye.. nanti balik ibu tunggu.. ayah pun tunggu.. jangan nangis tau.."
"kakak elok2 atas bas,jaga adik2.. mak cik gerak dulu tau. bye semua~"
dalam hati masa ni sebak tak terkata..
pusing je aku utk turun bas,air mata mula mengalir..
ah.. lantak la orang tengok pun..

aku sebak sbb x dapat nk hantar diorang balik muar naik kereta..
sbb aku tau,susahnya keadaan diorang dlm bas..
ya Allah, semoga kau selamatkan perjalanan mereka dan permudahkan urusan mereka nanti,..

aku turun..
lap air mata..dan menoleh ke arah mereka..
sementara utk tunggu bas bergerak, aku diam melambai tangan senyum2..
along tunjuk isyarat yang isma atau sering dipanggil abang sedang menangis..
along panggil kakak dan abang utk tengok makcik dia yg kat bawah ni..
lambai dan melambai sampai la bas gerak..
aku melambai sambil mengalirkan air mata..
Ya Allah.. kesian dan sangat sedih dengan cepat aku berlalu dari situ..

mata berair.. tunduk berjalan ke arah kereta..
orang keliling tengok..aku diam tahan air mata yg bakal disusuli dengan keseduan..

masuk kereta..
kunci pintu..
aku menangis tanpa henti.. 
seperti yang dijanjikan..memang tangisanku disulami keseduan..
syahdu sebak sedih bagai nak rak.

sambil drive aku menangis..
tune radio103.30 pagi2 selalu akan gelak..
tapi harini tetap menangis..

Aku hanya memohon doa mengiringi perjalanan mereka..
sampai sekarang aku masih menitiskan air mata..
aku sayang mereka sangat2..

maafkan makcik ye x dpat hantar balik muar..
nanti makcik balik sana...

dalam tersedu2,aku kol ayah..
ckp yg along da naik bas..
ayah tanya "bila nak balik cni?"
masa tu aku da tersedu2.xboleh nak jawab..
lalu aku tahan seduan aku tu dan jwb "lepas exam insyaallah acik balik.."
sedihnya Ya Allah...

sebulan lebih tak pulang kekampung buat aku rindu sangat kt mereka..
mungkin kalini bakal menjadi kali terakhir aku balik kampung dgn status bujang..
lagilah sedih..
skarang pun da rasa mcm xnk kawin pulak..
nk duk muar.keje kat sana.. hidup dgn family.
jaga ibu ayah.. biarlah jadi andartu pun.asal family sentiasa ada dgnku..

tapi tidak mungkin..
ayah ibu nak aku lalui kehidupan sendiri.

ibu..ayah.. acik janji akan jaga family acik mcm mana ibu ayah jaga kami..
walau susah senang,kita tetap bersama..
terlalu banyak liku kehidupan kita lalui...
masa silam itu adalah sangat pahit utk orang yg susah mcm kita..
tapi sebabkan ibu ngn ayah kuat,kami pun turut sama kuat..
sekarang alhamdulillah..berkat kesabaran,doa kita sekeluarga,
dapatlah kita bermewah sederhana dengan rezeki yang ada ni..
biarlah rezeki kita tidak melimpah ruah mcm org lain,
yang pasti kasih sayang kita, doa anak2 utk ibu ayah sentiasa ada..
................................
....................
............
sedih...







sekian... 

acik sayang keluarga acik sampai bila2..
:')

Thursday, August 9, 2012

pengalaman ramadhan 2012....

Assalamualaikum kalian semua..


Entry harini adalah berkenaan dengan kejadian yg berlaku semalam masa aku duk sibuk check in kt ampang.. bukan shopping apa pun.. teman angah buat kad maybank baru kt sana..
:)

selepas selesai buat kad, masa nk keluar dari ampang, kami nampak sorang pakcik buta yg sebelah tangannya menghulurkan minta bantuan utk melintas yang sebelah tangan lagi memegang tongkat.. dan masa yg sama ada la 2 orang awek bertudung mintak pelempang aku ni boleh buat derk je.. time tu aku rase mcm nk turun kereta pegi lempang diorang. tapi lantak la.. lantas aku berhenti je tengah jalan,tanpa pedulikan org lain..dan angah aku turun pegi ke pakcik tu..

angah : "pakcik,pakcik nk kemana?"

pak cik : "pakcik nak tahan teksi nak.." (dlm masa yg sama,ade sorang budak lelaki muda sedang menggendong beras berjalan laju menuju ke pakcik tu.. mungkin niat dia yg sama,berbanding awek neraka dua org tu yg bijak pandai bagus sangat jadi manusia yg cukup sifat..)

aku : ngah,kenapa? sambil jerit di tingkap kereta..

angah : "pakcik ni nk tahan teksi..kat mana nk cari teksi sini?"

aku : "ermm..kt depan sana tu ada tempat tunggu teksi ngn bas.. meh la bwk masuk keta..kita hantar pakcik ni".. masa tengah ade conversation,mata aku tak lari dari pandangan kiri kanan depan belakang tengok kereta..aku tunggu jugak kalau2 ada kereta yg hon gile babas. nak je aku hempuk keta dia kalau dia hon..
x nampak ke org nk tolong pakcik tu..kan.. tapi nasib baik takda,mungkin diorang nampak kot..

ok..dan dengan itu,pakcik tu pun kami tumpangkan sampai ke tempat tunggu teksi n bas..

dalam kereta..

aku : "pakcik, pakcik dari mana?"

pak cik : " sini sini je nak,cari rezki ckit .."

aku : " yeke.. kat depan tu ada tempat tunggu teksi.nanti saya hantarkan..ni pak cik nk tahan teksi nak pegi mana pula pakcik?"

pak cik : " ye..terima kasih nak...pak cik nk pegi brickfields kejap, lepas tu nk balik kota damansara"

angah : " pak cik duduk mana?"

pak cik : " duduk kat kota damansara".. kamu balik mana?

aku : " oh..kami balik shah alam pak cik.."

pak cik : " ni kejap lagi pakcik nak ambil teksi pegi ke jelatek,lepas tu naik train pegi brickfields baru balik ke kota damansara"

aku : "ooh..yeke.. ok kejap ye pakcik..nanti saya hantarkan ke teksi.."

pak cik : "terima kasih nak.."

aku / angah : "tak pe pakcik.. sekali sekala.."

ikutkan tak sampai hati nk biar pakcik ni naik teksi,naik train bagai ke sana..tapi memandangkan kami pula da berjanji utk berbuka di bukit jalil,maka kami tolong mana yg mampu..

sampai la ke tempat tunggu teksi... angah turun bawak pakcik tu pegi ke teksi..angah kesian kt pakcik tu,dan bersedekah apa yg ada utk dia.. pakcik tu ucap terima kasih,siap mendoakan angah lagi.. alhamdulillah..
bulan baik,buat baik mesti dapat ganjaran baik dari Allah Ta'ala..

angah tolong tanyakan kt teksi,n pakcik teksi tu willing to help pakcik buta tadi..alhamdulillah lagi..
dan lepas hantar pakcik tu naik teksi,kami pun berlalu pergi.. semoga pakcik tu selamat di mana-mana..

syukur Ya Allah nikmat yang ada padaku sekarang ini.. :'(
cerita kat atas bukan nak tunjuk yg aku bagus.. sama sekali tak..kita sebagai insan yg punya perasaan,kalau sesuatu yg menyentuh perasaan,mesti nak share.. mcm tu juga aku..
sama2 la ambil iktibar dalam cerita tersebut.. ada baik dan ada buruk..
semoga kita gunakan nikmat yg Allah Ta'ala bagi sebaik mungkin atas dunia akhir zaman ni..amin.

dan..pagi tadi.. aku siap mimpi ngeri..bawak keta laju n suddenly ade awek 3 org melintas jalan dan...tetiba aku terjaga...sbb terkejut mcm langgar diorang.. ni semua gara-gara aku fikir pasal awek neraka dua orang yg boleh buat derk depan pakcik tu.. hmm..moga x de ape2 yg tersirat maupun tersurat la ye..
doakan semoga awek tadi dibukakan pintu hati mereka lepas ni.. amin..


dan juga..
pagi tadi... aku tengok satu link video yg sangat2 tacing..
memandangkan semalam aku baru je terserempak dgn seorang pak cik buta...
pagi ni masuk ofc mata bengkak, sbb nangis teresak-esak..
kalau korang tgk pun mesti korang ckp "sapelah potong bawang pagi2 ni"
tahniah BERNAS sebab menghasilkan video yg sgt menarik..
jom la share link ni,nnti korang buka sendiri kt youtube k..

http://www.youtube.com/watch?v=-VO4v5Mb1Vg&feature=share



Tuesday, July 31, 2012

Link penting forum dinar emas....


Ok la... saya share info tentang perkara2 berkaitan dajjal + akhir zaman...


baca dengan mata hati..


harap kalian dapat copy paste masuk dlm word, atau print out jadikan buku..mcm yg saya dah buat..





kerana selemah-lemah saya dalam agama, saya masih lagi melayu yg bersifat misteri...


persedian perlu ada untuk hari yg dijanjikan..





semoga dapat berkat dari Allah SWT...








KITAB MEMINTAS DAJJAL
by Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia)

☀ 1/13 = ( INTRO ) Kitab Memintas Al-Masih Dajjal
http://www.facebook.com/note.php?note_id=209469492409077

☀ 2/13 = ( Misi Mata 1 ) Iblis Memanfaatkan Dajjal
http://www.facebook.com/note.php?note_id=211696808853012

☀ 3/13 = Kerajaan Digital & Duit Digital (Bab 1/3)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=215121551843871

☀ 4/13 = Kerajaan Digital & Duit Digital (Bab 2/3)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=215585431797483

☀ 5/13 = Kerajaan Digital & Duit Digital (Bab 3/3)
https://www.facebook.com/note.php?note_id=217278538294839

☀ 6/13 = Sheikh Imran Hosein & Skuad Akhir Zaman
http://www.facebook.com/note.php?note_id=240768942612465

☀ 7/13 = Tunjukkan Kepadaku Jalan Yang Lurus
https://www.facebook.com/note.php?note_id=246494525373240

☀ 8/13 = Perkampungan Muslim Beradat
http://www.facebook.com/note.php?note_id=253615697994456

☀ 9/13 = Berjumpa Dengan Dajjal & Sistemnya
http://www.facebook.com/note.php?note_id=273636552659037

☀ 10/13 = Tahun Baru (Saat Ketibaan & Saat Melepaskan)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=300083010014391

☀ 11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada_Rakyat_Jelata
http://www.facebook.com/note.php?note_id=303308416358517

☀ 12/13 = SUATU KEDATANGAN (YANG BAHAYA)
http://www.facebook.com/notes/dinar-emas-pengedar-syiling-sedunia/1213-suatu-kedatangan-yang-bahaya/395454943810530

.
Siri 1/13 = INTRO Kitab Memintas Al-Masih Dajjal     A...
13 July at 07:06 ·  · 20

Yahudi vs Bani Jawi


Tahukah anda...
Yahudi amat curious sekali dengan Tsnami di Aceh...
kenapa soalan ini tak dapat dijawap2 ???
Masjid selamat dari gelombang raksaksa air laut...
malahan ombak pecah jadi 2,
bila sampai ke masjid2...
yang hairannya...
bukan 1 bijik masjid...
hampir semua masjid selamat...

Be Prepare...
The Next Tsunami Will Come From...
Tsunami akan datang...
akan menyebabkan harta karun yang terpendam di
Suvanabumi...
akan zahir di Tanah Melayu...
maka kalau ini berlaku...
maka lengkaplah sudah semua hadis akhir zaman,
iaitu hadis yang paling kami geruni ini:

+++++++++++++++++++++++++++++++
Abu Hurairah berkata,
"Nabi bersabda,
'Tidak akan tiba hari kiamat
sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan,
banyak gempa bumi,
masa saling berdekatan (semakin singkat),
banyak timbul fitnah,
banyak huru-hara yaitu pembunuhan,
hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'"
+++++++++++++++++++++++++++++++

Daripada 6 statement hadis di atas,
5 dah jadi di zaman kita,
kami menghitung statement ke 6 untuk terjadi
tak lama sahaja lagi...
iaitu...
"...hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu"

Harta ini akan dilimpah sebanyak2nya...
untuk menampung keperluan Jihad Akhir Zaman...
The Time Has Come...
The World Has Change...
I feel it in the air...
I feel it in the water...


Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’ agak2 sape kaum bani jawi ni kan..???allahuallam...

http://srikandmanasseh.blogspot.com/2012/01/everything-u-need-to-know-qutwani.html

http://fasterthancheetah.blogspot.com/2010/07/penghulu-bangsa-spiritual-melayu-vs.html


Wassalam.
=Takkan Dinar Hilang Di Dunia=shared from Dinar Emas (Pengedar Syiling Sedunia)

Monday, July 16, 2012

Jangan ada benci


Pergerakan, Percakapan, Perbuatan..keadaan
di mana ia di zahirkan, menzahirkan sesuatu melalui anggota badan.
tapi yg mengawalnya?

kepala, akal, otak..
keadaan di mana ia terzahir dari sifat manusia dalam keadaan terkawal dikawal dan sedang mengawal
sifat manusia itu belum tentu sempurna
kalau berakal, maka percakapan perbuatan dan pergerakan itu eloklah bentuk dan keadaannya..

tapi memandangkan setiap perkara ada saja yang tak kena
maka ia akan menyingkap perkara yang mengaibkan


ada yang lebih ada pula yang kurang


bila kita lihat, bila kita dengar, bila kita diam
apakah tak terdetik dek akal kita tentang itu?
mungkin tidak.. mungkin juga ada..
tapi
perasaan takkan kenal luhurnya sekeping hati
sebab tu kadang pergerakan kita kasar
sebab tu kadang percakapan kita berbisa
sebab tu kadang perbuatan kita huru hara..


Astaghfirullah al-a'zim.istighfar..
moga kita jauh dari perkara yang tersirat..
moga kita jauh dari perkara yang akan menyingkap..
bila dah tersingkap, maka keaiban tercipta.
bila keaiban tercipta maka... ia berdosa.


kadang dosa itu kita tabur seperti pasir di tepi pantai tanpa sedar..masyaallah...betapa hinanya kita..
sudahlah mengaibkan orang, inikan pula menghina diri sendiri di hadapan Allah..malunya kita..

Sunday, July 15, 2012

Sedapnya Tombong Kelapa!


ha.. entry ke-3 untuk harini berkenaan dengan tombong kelapa..
kenapa tombong kelapa?
entah..sebab teringat teringinnn sgt nk makan..
mana la nk cari kt sini..kena tunggu balik Muar la jwbnya..

Tombong kelapa adalah Tombong bulat yg berada di dlm kelapa.
Bukan di pintu. Kalau yg di pintu tu, adalah Tombong pintu.
hehehehe...

korang pernah makan tak tombong kelapa ni?
kalau x pernah memang rugi la.. tak rare oh zaman2 korang..
zaman2 aku jugak yg rare..
Tombong kelapa ni biasanya ada kat kelapa tua yg cam nak tumbuh akar gitu..
Kelapa muda tak de okes..
Tombong kelapa tu kalau kecik agak manis2..
kalau yg besar tu tengok nasib pada tangan yg pegang,kalau manis orang yg pegang, maka manis la tombong tu.. kalau masam org yg pegang, maka masam lah tombong itu..

haaa.. percaya percaya?!
(_ _!) sengal.

dulu masa kt Muar, arwah atuk abah selalu ambil kelapa..sbb atuk memang jual kelapa jugak... so bila atuk pecah je kelapa, aku la orang yg akan mengadap.
sebab nak kan tombong tu... haa..siap berebut okes dengan sepupu lain..
sedap...

tapi orang sekarang.. Tombong kelapa tu di buang bagi ayam yg makan..
isk isk isk.. rare sangat ke sampai bagi ayam makan?
kan boleh simpan,taruk dlm peti ais.. buat mkn sambil tgk hindustan ke.. sambil baring tgk awan ke.. an an an....
tapi takpe la.. ayam tu pun nk rase gak tombong tu..rare sgt..
hehe..

(oh! hujan lebat di luar.. iklan jap)

so dengan harapan balik Muar ni nak g cari kelapa tua,pastu ambil tombong kelapa, pastu bungkus bawak balik Shah Alam, pastu bagi la org2 yang tak pernah makan.. hahaha (kalau ada rezeki.insyaallah..).

ni nak puasa dah..pastu dlm bulan puasa nak raya dah..raya banyak pakai kelapa, memang senang la nk dapat tombong kelapa!


jom ramai2 makan tombong.
lepas tu buat page kt fb " saya suka tombong kelapa!"
miahahaha!

bye u olss!!



My E day

yezzah!
my e day...

nk di jadikan cerita, x plan pun nk tunang sebelum ni...
tapi atas permintaan kedua2 orang tua belah lelaki & perempuan,maka nak jugak adakan ikatan pertunangan...bila nk, dalam masa 2-3 minggu je kami buat preparation.
agak gelabah jugak la.. tapi nasib baik ada tenaga2 yg sudi menghulurkan bantuan..
terima kasih buat niesa zihan & family saya sekeluarga, saudara mara yg baikkk hati & jiran2 yang sgt baguih sbb sudii tolong last minute plan ni dengan jaya nya.. alhamdulillah,syukur allah permudahkan urusan kami..

dan syukur ke atas rahmat yg allah bagi semasa majlis pertunangan kami..
cuaca pun sayup2 x panas... sbb pagi subuh tu hujan lebat di muar..
ibu da duk kelam kabut da risau pasal majlis..
huhu..tapi everything is go with the flow..
now,saya da ada title as tunang orang. kekekekkeke..
smoga ujian yg datang dapat lah kami handle dgn baik!
amin...

ok,malas nk berleter panjang, nk share beberapa gambar semasa hari kejadian~



























ok...now my pic & fiance.. :;p









nah gambar budak kecik mintak pelempang ni..
geram tgk kojiq makcik!
grrr..



Syoknya habis exam!! ;p

Assalamualaikum.....

wahhh!! alhamdulillah..kembali untuk meng-update blog ni!
syoknyaaa dah habes exam!!!
akhirnya,penyiksaan yg dialami berakhir dengan begitu "wahhh" sekali..

masa 1st paper, hari2 pulun buat calculation..
dah habis paper qmt, relax kejap pastu sambung pulun paper mkt..
mkt ni dia punya susah lain mcm oh..
mintak lepas je dah la..i dont aspect a++ for this subject.
dlm dewan tu aku rasa,aku paling awal siap menulis.
pasal x tau nk jwb apa..
lecturer x tolong pun apa yg masuk..betul la subject ni killer,sebab mmg xde hint soalan mana yg akan keluar..
pernah x anda rasa anda baca kao2, tapi soalan yg keluar mcm soalan yg u dont aspect akan ada soalan tu...
mcm tu la aku.. aku da rasa benda yg sama masa spm sejarah dulu. baca kemain pulun sbb masa trial spm dpt the highest mark... bila spm.... L to da E to da B to da O to da R!!!
huhu..masa dlm dewan da tak tau nk tulis apa, goreng pun goreng jgk,tapi org kata mmg tatau la nk goreng apa lagi.. pastu sempat update fb. ramai oh ckp subject tu killer. ingatkan aku sorang ja frust,rupanya ramai.kekekee..
tapi x pe la.. doakan semoga lulus dah la..

dan seterusnya....paper terakhir iaitu paper law...
law ni best pasal lecturer kitorang mmg best...
tapi yg x best paper ni paper last,kena plak hari ahad, kena plak jam 2.15 - 5.15pm.
pergh,kalau kt rumah ni da duk dpn tv tgk nona.hehehe..
tapi x pa la,apa la sgt kan..
sblm masuk dewan,pagi tu buat study group kt ofc aku..bila study ramai2 cm syok,sbb masing2 paham & ada bagi contoh yg mudah masuk kepala.
mmg have fun la masa tu.
dan alhamdulillah,paper ni kami boleh la jwb dengan senyuman yg menawan..
walaupun menawan,x de la nk aspect lebih2 kan..
tapi insyaallah..mana tau rezki.
berkat doa usaha, allah tolong kita..tetiba lulus cemerlang.
syukur ya allah..


smoga lecturer dapat tanda kertas dgn hati yg tenang..
puh kiri puh kanan..

so,next..
waiting for the result!
gud luck again for me!  ^__^


Friday, June 22, 2012

Manusia

Manusia..

tak pernah pelik dengar perkataan tu...
corak mereka memang berbeza..
hidup mereka..
cara mereka..
kerja mereka..
diri mereka..
sifat mereka....
kekuatan mereka..
azam mereka...

tiap apa yang mengalir dalam diri manusia adalah berbeza dengan manusia lain..
ya..
memang 1001 persoalan yang berada dalam jiwa diri hidup masa mereka..
aku sebagai manusia lain,tak pernah membantah akan persoalan mereka..
cuma terkadang... persoalan mereka buat aku buntu..
duduk mendagu memikirkan sesuatu..
sesuatu yang berlari dalam benak fikiran..

Manusia....

adakah mereka tak pernah menjaga hati manusia lain?
apakah yang sebenarnya mereka persoalkan, sehingga secara tiba-tiba mereka mendiamkan diri?
apakah salah dan kekurangan aku sebagai manusia lain?
apakah besar salah aku terhadap kau manusia itu?

Manusia...

jikalau lah ia benar..
maka maafkan aku...
maafkan aku kerana mencorakkan kehidupan ku sebegini..
sehingga memberi tempias kepada diri kamu...
sehingga membuat kamu rasa kehilangan akan secebis sifat seorang manusia ini..
maafkan aku kerana aku bertindak sebegini...

seorang manusia harus teruskan hidup dan sentiasa berjuang untuk manusia lain..
begitu lah aku.. begitu lah juga kamu...


maafkan aku andai manusia di hadapan ku tidak mengerti..
maafkan aku andai manusia di celahan bucu itu menyendiri..
maafkan aku andai manusia di dalam bulatan itu berlalu pergi..



Manusia..
makhluk Allah SWT..yang pastinya penuh dengan perbezaan..
maka nilaikan setiap inci corak kehidupan manusia terhadap manusia lain..
dan di situ lah manusia akan mengerti akan manusia lain..


-niza-






Thursday, June 21, 2012

Exam exam exam!

Ya Allah Ya Rabbi Ya Haiyum Ya Qaiyum....



.................saya................................
......................sangat............................................
...........................neves............
..................sebab kami berempat nak target DL sem 3 ni..........................
........semoga berjaya................................................
amin.....amin....amin :)

p/s : titik2 yang banyak menandakan ke-neves-an saya...




Part 3 Final Paper Schedule :

Wed, 27 June :  QMT (9am-12pm)

Mon, 9 July    : MKT (9am-12pm)

Sun, 15 July  : LAW (2.15pm-5.15pm)








dan di sini..................................doa2 yang boleh dimanfaatkan..... semoga berhasil dengan izin Allah SWT..








ok..................jom study!!!
study smart!
gud luck to u niza!!


-----------------------------------------------
-------------------------------------------------------im currently studying...
-----------------do not disturb----------------------------------------------







study!!



-the end-

oh no! not END yet...
until next time..updating again...
" part studying or maybe result.."

i said MAYBE..if i got DL..
hheheheh...
hehehe..


ok! for real! i want continue my study...
grrr!
(muka serius ni!)

Tuesday, June 19, 2012

Xiexie ni Laoshi! :')

Isnin 18 June 2012..

sesampainya saya dari Muar, tros shoot masuk class Mandarin..
semangat memang lain mcm..sbb last class..

alhamdulillah..
3 semester kelas mandarin kami lalui..sangat best..tiap2 semester mmg best..
kali ni, Mandarin III pun da habis..rasa cam sedih2 gitu....tapi saya akan cuba jgk ckp Mandarin sampai bila2.. tq Laoshi!

okes..
sesampainya di parkir kereta, niesa dan laoshi nk menuju ke seksyen 7...saya turun kereta,naik kereta niesa..
she said that laoshi want to buy us a cake for our graduation.. i mean sbb tamat dah blajar mandarin..
hehe..so ikut je la.. sampai kedai kek,beli la kek..xkn tengok je ye dak?
masa laoshi nk bayar kt kaunter, dia nego2 harga dengan mamat tu..
act mana ada org nego harga masa beli kek. lain la pasar malam ke kan..
sbb harga dia mmg da fix... hehehe..pandai laoshi goreng pasal member kad tertinggal la..hape la..
tapi tetap x dapat.. mamat kaunter tu mcm da speechless.. muka pun da nk bertukar hijau dah..
aku ngn niesa tengok laoshi..pastu senyum je la kt tepi tu..biar die settle sendiri.kekekekekeekekeee...

balik klas..
hanya beberapa kerat je yg hadir..sedih jugak sebenarnya..tapi takpe lah..
masing2 punya cara kan.. what to do.. ehee..

sambung la study last chapter.. mana yg x siap oral test tu sibuk menghafal..mana yg dah abes tu sibuk memekak..mcm biasa.. budak klas saya memang hyper kedaung.. tak tau nk pakai remote ape utk control ke hyper an kami tu.kekekeke~

beberapa minit berlalu,laoshi pun ckp jom mkn kek...
bukak la kek tu..semua berkumpul..
mcm biasa, kami yg gila glemer ni kena la bergambar dulu dgn kek tu sebelum di usik..
lagi satu.. masalahnya skarang ni,  Laoshi pun gile bergambar. hahahha..best oh laoshi sporting mcm ni..
dia pun da jadi hyper..hehe..

ok then makan..laoshi potongkan kek, beralaskan kotak n kertas je kami mkn..
masa makan, semuuuuuaaaa senyap.
hahahahaha.part ni paling kelakar.. kebulur ke ape ke saya pun tak tau..
dari keco2 tadi,bila bab makan sume senyap.nak tegur tapi mls..
sbb saya pun sedang menikmati kek tu.
sedap jugak.hehe.mungkin la diorang senyap sbb kek tu sedap.. atau pun diorang lapar.. kannn..
baik korang mengaku.hehehehe..

dah makan.. smbung balik bergambar..bergambar dan bergambar...
(gambar lagi.. ;p)

saya akan share photo2 di bawah nnti..
bila nk balik masing2 ckp thanks kt laoshi..
mcm x percaya..sedih terharu pun ada..
tapi tape la..
dan niesa yg kaki bodek tu, mmg dia pandai bodek..
dia mmg slalu tumpangkan laoshi kt cempaka.. if im not mistaken la.
laoshi ni bujang..tinggal kt ctu je..xde kereta..
tapi dia kata nk beli kereta mcm kami..Saga..more chipper than myvi, much better than viva..
hehehee..


ok dah habis..
dah jom tgk gambar..

oh ya..sebelum tu..saya namakan album ni "Khaira di mana-mana"
sbb si khaira ni, lagi gile glemer... kalah mak jemah..
dia saja.. sana sini dia saja..
pas dia dia,pas dia dia..
eheheh.. jgn marah Khaira.. gurau je org kampung ku!
;p

jom!