Tuesday, March 27, 2012

.....i will.....

Mood : tak deeeeeeeee!!!!!








A good word is better than silence, and silence is better than useless talk!!!!


I wont talk!! I wanna keep silent until one day..a day that u will know who i am, what is the point of my silences, and why i do that so.


u will know.. i will let u win in every word u say..
u will know.. i will let u smile till end of the sea...as long as u satisfied.
u will know.. i will let u think that i'm good for u....




i will..............................
















until one day u know the reason............................and that time, please don't ever ask me.




i need my bed to lay on... b'coz i have no shoulder to cry on.. 


Y____Y



sweet!!!!

entah ke berapa kali...
aku tekan butang "replay" kat youtube tu..
video apa ya?


video Awal Ashaari lamar Scha Alyahya.....
OMG! so sweeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttt..............


i like the way Scha respon to Awal....and i like the way Awal letak tangan atas kepala Scha.ahaii~ suwettt!!!!
cute oh Scha tu.. santek orangnye....meet her before masa shoot filem Libas kt KL..
sempoi,manis,comel,cool,tinggi,santik,suara dia je agak besar ckit..
tapi untung lar Awal.....Awal hensem..Scha is a nice girl..


Arjuna kepada Scha..Juwita kepada Awal..


aihh....


Smoga mereka berkekalan dan stay cute slalu..amin~


jom tgk jugak video ni!
comel la!


Tuesday, March 20, 2012

lemah..

Saat aku sendirian..berdiri lemah..


Diri ini akan kembali pada memori silam bersama sahabat.. 
Saat itu jugak hati ini memberontak ingin melepaskan kerinduan bersama mereka..


Dan saat ini juga..


Aku rasa ingin terbang jauh bersama awan goku mencari ketenangan di pulau-pulau indah ciptaan Tuhan.. kalau ditakdirkan aku seorang jutawan muda, aku ingin meninggalkan kota..duduk di sebuah pulau.. buat hal sendiri..sampai aku jemu.. tapi aku takkan pernah jemu dengan alam semula jadi.. tidak..sebab aku Capricorn...


Aku rasa ingin melepaskan sedih, perih, marah, bengang, buang masa, buang tenaga,melepaskan kesalahan diri,melepaskan cita-cita dan impian yang akhirnya terkubur hancur lebur....luluh hati Tuhan yang mengerti..


Aku rasa ingin melepaskan ia dengan sekuat jeritan..jeritan yang boleh menggegarkan dunia.. jeritan yang pernah aku lakukan ketika aku menghadapi situasi yang sama dulu... jeritan yang kuat yang berpontesi memekakkan gegendang telinga seseorang..jeritan yang pernah memeranjatkan seorang apek menaiki motor kapcai lampu bulat membawa kotak-kotak.. jeritan yang pernah membuat semua penunggang motor terperanjat lalu mengelabah.... jeritan yang seperti dunia ini sedang berlaku sesuatu..


jeritan itu adalah......jeritan goku kuasa 8 di terowong Jalan Tun Razak & terowong smart dan mana-mana terowong yang aku rasa sangat sesuai utk aku jerit sambil memandu dengan masa yang lama.......................


cukup sekadar menemui sahabat,cukup sekadar duduk di pulau, menjerit dalam terowong,cukup sekadar diam membisu,cukup sekadar menahan sebak..insyaallah,aku pasti boleh berdiri teguh tanpa perasaan "kontang" yang aku rasa.........


Sesungguhnya aku harus melepaskan segala impian dan cita-cita sebelum aku melangkah tidak mengenal diri lagi...ya..aku lepas ini takkan mengenali diri sendiri,kerana aku akan buang jauh-jauh diriku yang lama.. aku ingin menjadi insan yang seperti dilahirkan semula..bukan diri yang penuh dengan tangisan....penderitaan..penyesalan..tidak lagi..




semoga selamanya..









Sunday, March 18, 2012

Kasidah Cinta

Dewa 19 - Kasidah Cinta..




Ku jatuh cinta kepada mu(wanita)
saat pertama bertemu
salahkah aku terlalu mencintai
dirimu yang tak mungkin mencintai aku
oh Tuhan tolong..


aku langsung jatuh cinta
kepadamu
cinta pada pandangan pertama 
cinta yang bisa merubah jalan hidupku jadi lebih
bererti..


oh mungkin hanya keajaiban Tuhan
yang bisa jadikan hambaNya yang cantik
menjadi milikku


aku langsung jatuh cinta
kepadamu
cinta pada pandangan pertama
cinta yang bisa merubah jalan hidupku jadi lebih
bererti..


Aku bukanlah laki-laki
yang mudah hatinya...


.....................................................//..................................................................


Gadis itu wajahnya seperti seribu bulan, si jejaka pula seperti seribu langit. Kedua-duanya anak ketua desa yang dikagumi. Namun kerana desa mereka seperti langit dan bumi, mereka terpisah. Si gadis datangnya dari desa yang bercahaya amalan agamanya berbanding si jejaka dari desa yang gelap pekertinya. Namun irama kasidah-kasidah cinta tetap beralun merdu. Saat si gadis rupawan cuba membimbing dan si jejaka cuba kembali ke jalan yang benar, mereka disalah sangka oleh penduduk kedua-dua desa. Hasilnya, pertelingkahan antara desa memuncak, berdarah. Si gadis dan si jejaka terpaksa membuat sesuatu demi keamanan. Sesuatu yang mampu menghentikan putaran matahari. 




entah kenapa aku suka sangat lagu ni...
muzik, lirik,melodi sangat lah beralun molek..


cerita ni..
kalau la dapat cari novel ni.....



:)

Sinonim awan dan aku

Awan itu masih sama tatkala pertama kali engkau aku kenali
Awan itu masih sama dengan warna yang berseri
Awan itu juga masih beredar mengelilingi bumi
Awan itu juga masih resah akan hujan dan panas 


Begitu juga aku 
Masih diriku yang asal
Masih sama dengan warna yang berseri
Masih juga beredar antara masa
Masih juga resah akan takdir dan waktu


Bicara yang manis kini bagai pisau tajam yang menikam
Tak usah kau memujuk tak usah kau merayu
Aku adalah sama
Sama dengan awan
Yang dirinya tidak lari dari takdir dan waktu
Yang dirinya tidak lari dari resah
Yang dirinya tidak lari dari menangis..


Awan itu jujur..
Tak pernah menipu dengan perasaan sendiri..
Tak pernah membantah akan takdir yang 'Tuan'nya tentukan..
Tak pernah lari dari sinar,angin dan basahnya hujan..
Tak pernah!


Awan itu adalah aku..
Tanam ia dalam diriku
Takkan terlihat pada pandanganmu


Awan itu memujukku
Untuk terus berlalu
Berlalu membawa hati pilu


Cukup..
Ia sekadar menjadi pandangan waktu berjauhan
Tiada lagi duka
Tiada lagi selumbar bisa
Tiada lagi merana...


Awan itu adalah aku
Perhati la ia kerana aku di situ..











Monday, March 12, 2012

Ayat ayat hati

ayat hati yang begini bunyinya..




malam ku sepi ingat kau kini 
kabar menyepi diam kembali
mana kau pergi aku menanti
harapkan doa untuk bertemu nanti


dari jauh ku lihat tidak jugak ku temu
mata hati melihat tidak juga ku tahu


terus...


fikiran melayang memori dikenang
pernah rasa sayang kau yang ku senang


tiba masa kau hilang rindu hati tak keruan
mana engkau sang helang
terbang melayang tanpa beriku peluang


dan ya..


aku rindu dia..dia dia dia dan dia..
apakan daya aku hanya insan..
insan yang bergelar wanita punya hati yang nestapa..
nestapa di dunia.. dunia sementara..
dunia lakonan.. ya.. memang ia tipu belaka.
tapi aku..aku tadah dengan rela.asal dapat bertemu si dia..




Tuesday, March 6, 2012

suatu pagi.....

Muar.....

Pagi tu, aku bangkit jam 6.. hantar ibu untuk mencari sedikit rezeki..
Pagi tu, aku teringin... teringin membawa ayah berjalan melihat matahari yang bakal terbit..
Pagi tu, aku menunaikan keinginan ku utk bersiar-siar bersama ayah..
Pagi tu, ku bawa senyuman yang terukir di sudut muka seorang tua yang merindukan suasana pagi..
Pagi tu, ayah mengingatkan aku tentang kami sekeluarga..
Pagi tu, aku hampir menitiskan air mata..

"ayah... jom acik bawa jalan-jalan gi tanjung.."
bergerak lah kami berdua,memandangkan cucu-cucu ayah nyenyak menikmati sejuk pagi..
tiba di tanjung...menyusur ke kawasan tempat ayah memancing dulu..
"kalau ayah boleh jalan, mesti boleh gi pancing.."
"ayah, ayah tunggu jap boleh? acik nak ambil gambar kt sana. lagipun nk tgk kat sana tu..x pernah masuk situ"
"pegi lah,ayah tunggu.."
turun kereta...berjalan sambil senyum.. udara segar..tapi! bau sungai yg agak kureng..tapi x jugak menghalang mood aku utk ambil gambar...
selesai beberapa minit, aku kembali ke kereta..
"cik,ayah nak drive.. percaya ayah x?"
"seres ni? ok lah..elok-elok..tapi boleh ke?"
"boleh..ayah cuba pakai kaki kiri..kaki ni boleh rasa..kaki kanan je susah ckit.."
"ok..elok2 tau.kalau ayah x bleh gtau.kita tukar"

Pagi tu, aku termanggu...takut,risau,percaya,tidak,tapi....
ayah nak cuba.. bila sekilas melihat, air muka dia gembira,yakin....
maka ku biarkan berlalu..
alhamdulillah... keyakinan yg sangat tinggi!
ayah boleh drive! selama 4 tahun dia bertahan menerima ujian Allah..
sekarang, syukur.. berkat kesabaran dia..sekarang dia boleh memandu!
dan lagi best..dia x pernah lupa untuk renew lesen! 

ayah,semangat ayah dah tercapai..sekarang ayah da boleh drive.
now my turn,cari sticker OKU utk ayah..
biar dia memandu,bawa cucu-cucu yang menunggu...ambil cucu balik sekolah..
ambil ibu balik kerja...
semoga usaha ayah akan sentiasa membawa ayah untuk pulih sepenuhnya..
acik rindu nak makan ikan belanak goreng yang ayah jala kat sungai tu..
acik rindu nak ikut ayah gi mancing ikan sembilang,duri kat sungai tu..
acik rindu semua tu...
:(

huhhh... biarkan..
pagi tu aku dan ayah sangat gembira..
berjalan mana nak pergi..ayah drive,aku snap gambar..
dan pagi tu juga,entah kenapa aku terasa Muar sangat cantik..
mungkin hati anak beranak ini gembira..
bersyukur...
tenang..
yakin..

dan saat tu,akan akan pastikan ia berulang... berulang untuk gembirakan ayah..
nah ayah,ambil je kunci kereta ni...pegi la mana ayah nak pegi..
tapi tolong bagitau acik..acik nak ikut.. :)

Ya Allah....
Kau tahu perasaan ku ini..aku mohon doa utk dia..dia yg masih mengharapkan keajaiban daripada-Mu..maka Kau makbulkan permintaanya selagi dia masih bernyawa..biar dia menikmati kebahagian di pentas dunia ini...
semoga apa yg ayah impikan menjadi kenyataan..amin amin amin..