Sunday, May 13, 2012

Untuk IBU.. :')



"Ibu...
dengarlah rintihan hati
anakmu yang rindu dan sepi
masih ku terdengar gurauan mu..ibu

ibu...
terlalu cepat kau pergi..
belum puas ku nikmati
di belai di manja di sayangi..ibu.

Apa saja ku pinta
Tak pernah kau hampakan
Bila aku kecewa.. oh..Kau berikan harapan
Bila aku menangis
Pasti kau memujukku
Bila aku gembira.. Kau senyum dan tertawa..

Ibu..Walau kau telah tiada
Pesan mu tidak ku lupa
Aku kan belajar berusaha
Dan berjaya

Pesanmu tidak ku lupa..
Aku kan belajar
Berusaha dan berjaya

Ibu!"




lirik lagu "ibu-shila amzah"..


kalau kita baca.. kita pasti tahu apa erti lirik tu..
syukurlah kala ini aku masih mempunyai ibu..
alhamdulillah..




ibu..
acik sangat sayangkan ibu..



air mata jatuh.....aku tabahkan diri untuk terus menulis..


............................................................... Y___Y



ibu..

maafkan segala salah silap acik sepanjang ibu membesarkan acik dengan baik sehinggalah muncul acik yang sekarang ini...

maafkan acik sebab terlalu menyayangi ibu..
maafkan acik kalau acik x dapat penuhi permintaan ibu..
maafkan acik terkadang degil mendengar kata-kata ibu..
maafkan acik yang ada kalanya ego menebal sehingga lupa akan diri sendiri..
maafkan acik ibu...maafkan acik untuk segalanya...


tapi acik janji, acik akan jadi yang terbaik untuk ibu sampai bila2...
acik x pernah lupa doakan ibu sepanjang masa...
kalau acik ada masalah ibu lah yang akan mendengar, dan masa yang sama ibu lah yang akan menasihati yang terbaik utk acik..
sebab ibu nak acik bahgia...
sekarang hidup acik penuh dengan dugaan..
ibu lah tempat acik mengadu..
dan tiap keputusan acik,ibu terima..

"ya allah, kesian anak aku ni.. dugaan cik semua ni..bersabar la nak. ada jodoh tak kemana.. tuhan nak uji kau tu cik..sabar ye nak. sian anak aku..."
ibu pernah ckp macam tu dalam phone sambil nangis arituh...


aku sebak..


terima kasih sebab ibu sudi menangis utk acik.... acik pun perlu kuat untuk terus berdiri walau banyak mana dugaan/kekecewaan yang acik tanggung sekarang ni....
acik kena contohi ibu..kena kuat.. sabar sabar dan terus bersabar...sampai bila2...


terima kasih ibu..
terima kasih bersusah payah untuk anak ibu ni..
terima kasih kerana penuhi permintaan acik utk bwk bekal kuih keria ke sekolah dulu..
terima kasih masakkan asam pedas,rendang,kari,lodeh,sambal,tempe dan mcm2 makanan untuk acik tiap kali acik balik muar...
terima kasih sebab ibu sangat sporting dari dulu sampai sekarang..
terima kasih kerana menjadi contoh untuk anak2 ibu ni..
terima kasih kerana ibu terlalu take care akan kesihatan acik,masuk keluar hospital since darjah satu sampai lah sekarang...


terima kasih ibu..
terima kasih atas pengorbanan ibu dari dulu...



cerita di bawah adalah kisah benar dalam hidup aku..sebenarnya macam2 dugaan aku tempuh sepanjang 26 tahun berdiri di muka bumi ini... cuma tentang ibu,aku petikkan 3 cerita dari beratus2 cerita yang aku alami bersama ibu...


please, tisu di tangan....


---------------------->>>>




teringat zaman sekolah rendah di kem sg besi...
masa ayah ke bosnia dulu..
ibu je yg ada.. pagi tu mmg acik xnak ke sekolah, sbb kesiankan ibu sorang kt umah.
tapi ibu paksa juga acik pergi...walau acik memberontak tak nak..
ibu siap2 hantar acik ke sekolah tengah hari tu..
dalam panas terik kita berdua jalan bersama,naik turun bukit..
hampir sampai ke sekolah, ibu berhenti & suruh acik jalan sendiri..
masa tu acik nangis,sbb tak boleh tinggalkan ibu jalan sendirian balik rumah.
"acik taknak gi sekolah..kesian kat ibu"...sambil menangis...
memang sedih,memang acik nangis masa tu..
tapi ibu paksa juga..
acik jalan sambil nangis bu! acik toleh belakang tgk ibu ...
acik menangis masa tu!
bila sampai sekolah, seharian acik sedih.. sedih tinggalkan ibu berjalan pulang seorang diri.. terasa masa tu tanggungjawab acik besar sgt, sebab acik taknak tinggalkan ibu langsung! acik xnak ibu sorang2..acik risau..acik sedih..




------------------------------------------------------------------





dulu..
bila nak ke sekolah...
ibu takda duit nak bagi duit makan..sampai tercari2 bawah lipatan baju.. sepuluh sen pun memadai utk ibu bekalkan kami..tapi kami x pernah memberontak bu..
syukur apa yang ada... kami tau ibu susah..
tapi kalau ada salah silap masa tu,acik mintak maaf bu.. acik kurang matang masa tu..



--------------------------------------------------------------------------------------------





dulu, ibu selalu mengadu akan suatu hal keluarga yang rasanya x perlu di ceritakan di sini... ia suatu hal yang sgt sensitif.. tapi acik sangat Faham ibu masa tu..
orang tu treat kita mcm orang luar, sbb kita miskin tak berharta mcm diorang bu..
takpe,kita sabar.....ayah banyak sangat bersabar, tapi x dapat di bandingkan dengan kesabaran ibu... ibu terlalu kuat terima cacian tohmahan orang tu... dan sekarang.. berkat kesabaran ibu itu, allah tolong kita sekeluarga jadi lagi better dari mereka..
itu satu pengajaran besar yang acik tengok dengan mata sendiri..




lihat, betapa kuatnya hati seorang ibu..
seorang ibu yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran hidup..
seorang ibu yang sentiasa ceria walau 1001 masalah dalam akalnya..

lihat, besarnya pengorbanan seorang ibu..
pengorbanan yang tiada tolok bandingnya..
masyaallah...



patutlah allah ingatkan kita tentang ibu..
patutlah allah memberi sejuta kebaikan untuk ibu....
cukup besar pengorbanan,kasih sayang seorang ibu itu..


ya allah, mulianya dia, seorang ibu ini..
dia bersabar bertahan dan masih berdiri dengan dugaan mu ya allah..
semoga apa yang dia lakukan mendapat keberkatan dan kasih sayang darimu...
amin



terima kasih ibu...acik sayang ibu sangat-sangat...
sampai bila2 acik akan doakan yang terbaik utk ibu..
acik akan minta doa supaya allah sentiasa sayangkan ibu sampai bila2..


walau x seindah mana kata2 acik dalam blog ini,acik harap kawan2 acik,adik beradik,sedara mara dapat paham cerita sebenar untuk ibu ni...


maaf, mata hati jiwa tak henti menitiskan air mata sampai tersedu sekarang ni..

apapun, yang indah dan x dapat di ungkap adalah seorang ibu di dunia...


i love u ibu noriha bt mahfudz ;')








teman ibu masa ayah tengah buat physiotherapy...







masa raya 2010






untuk assignment mandarin 1






2008..convocation.. kekekeke~






















.


























Sunday, May 6, 2012

Tak Tidur Lagi


jam menunjukkan 1.30 pagi...
mata terbuka dan liar memerhati ruang bilik itu.

pusing kiri
pusing kanan
pejam mata
buka mata

ntah kenapa gelisah sangat pagi tu...

tiba-tiba..
terdengar satu bunyi..
bak keroncong yang sedang bermain..

oh.
rupanya perut ku..

"ah,aku malas bangun. kalau mkn,esok pagi2 mesti lapar balik.. beside aku nak diet"

pusing kiri..
pejam mata..
buka mata..
pusing pula ke kanan..

hujan mencurah dingin..

"sejuk-sejuk ni best kalau tidur.."

pejam mata..
buka mata..
pusing kiri
pusing kanan..

jam dah menunjukkan pukul 2.15 pagi..

"aih.. x boleh jadi ni.. "

lantas aku bangun, buka lampu dapur..
masukkan air dlm periuk
pulas butang dapur masak hidupkan api
ambil sebungkus megi kari
ketuk2 periuk menggunakan sudu & garfu sambil menunggu air mendidih..
masukkan megi & rencah..
seperti iklan, 3 minit sudah sedia dihidang..

bangun berjalan ke dalam bilik
tangan memegang semangkuk megi yang berasap kepanasan..
tutup pintu bilik, buka lampu..
duduk bersila di tepi katil dan.. makan.

hidangan panas & cuaca yang sejuk adalah sangat sesuai ketika itu..
cuma yang tidak sesuai adalah, waktu tu.. 
salah cara pemakanan aku tu sebenarnya..
tapi.. perut dah berlagu. mata tidak tertutup..
bagaimana mana pula?
kan?


ok..dah kenyang..
minum air, makan ubat.. ubat kolestrol yang sepatutnya aku makan mlm semalam,bukan pagi yang lewat ni.

bangun dan duduk bersandar di kepala katil..
mata memerhati tiap titik hujan di luar..
hujan lebat disulami angin dingin..
angin dingin meniup lembut langsir di jendela tu..
dan mata tetap memerhati..


............................

kemudian, baring.. tarik selimut..
pusing kiri pusing kanan
tutup mata buka mata..


jam menunjukkan 3.54 pagi...

"kenapa tak boleh tidur ni??"


ya..
perkara yang sama aku ulang..
tutup bukak
kiri kanan

..........................


subuh dah pun berlalu..

......................

dan... akhirnya aku tertidur sampai jam 8.30 pagi tadi...





Thursday, May 3, 2012

Sesaat kau datang (petikan lagu sleeq & Ramlah Ram)

1st of may 2012....
photo session @ genting highlands..
kuku, dydy, aley...

Projek ni kami buat jarang2 sekali..tapi yang pasti,kami suka bergambar..Alhamdulillah, till now they still my bff... tanks guys for making me happy..so,jom tengok hasil gambar dari Pudding iphone 4, Canon 500D and vignette Xperia.



Pudding iPhone 4 - dydy -






























Canon 500D - aley -
































Vignette Xperia - kuku -