Wednesday, December 18, 2013

Media Prima semakin jahil!

Well, macam biasa..blog tempat melepaskan perasaan..
tadi, dalam jam 4pm aku bukak tv3 sambil makan nasi lemak & kuih muih yang aku beli... pehtu.. macam biasa lah.. tv3 dengan cerita indon yang mengarut tahap gaban..
kisah-kisah teladan katanya..

sambil makan tu, tengok la jugak walau hati ni rasa macam nak baling telur je kat tv tu.. sebab 100% cerita teladan indon ni mengarut tahap sengal abadi.

geram hati ni. nk tukar chanel,tapi masih lagi nak tengok apa lagi yang mengarut dalam cerita tu..sudahnya, sampai habis aku tengok.. nyirappppppppp je rasa.

siap ada sakti-sakti, magic, sihir, cgi lipan besar, kala jengking besar, ngan pepatung besar, kelawar besar. memang kat hutan-hutan indon ada kot binatang-binatang besar macam tu? mengarut macam haram.

aku rasa macam nak hantuk kepala indon ni kat dinding. ape ke bebal buat cerita mengarut tahap gaban macam tu untuk jadikan kisah teladan? teladan apa yang kau nak cerita sebenarnya?
orang kampung sejemput, dengan tali pinggang sakti, buku sihir.. shit! mengarut KILLER!!!

ok lah kalau indon punya pemikiran memang mengarut tahap abadi.. itu lantak pi la..industri diorang. yang paling tak boleh terima, ada jugak si penyokong abadi ni pegi beli cerita tu untuk masukkan dalam slot rancangan diorang.. tak lain tak bukan TV3..a.k.a media prima..

Ya Allah, kenapa la ada orang yang bebal macam ni sekali? ko beli cerita yang memang 100% mengarut tahap gaban, yang bagi aku membazir tahap cipan. cerita bebal macam ni pun ko nak beli. tak rasa bebal ke? dah la mengarut, mensyirikkan, mengotorkan pemikiran. lagi pulak pemikiran budak-budak. cacri la cerita yang releven sikit. Allah hai.. kesian la aku tengok Media Prima ni..


oh.. yea laa..aku lupa.. Media Prima kan penyokong setia kerajaan. orang kerajaan, no wonder la pemikiran memang mengarut abadi. lagi pulak kerajaan sayangkan pati-pati di Malaysia..bagi pasport kat indon...mungkin Media Prima nak melabur sikit untuk hiburan indon-indon di Malaysia ni.. ok lah, alasan releven tahap nak kena lutut.

malas dah aku nak cakap lebih2.. cerita kat tv3 semua propa.. tak de motif. yang bermotif nya 1 je, iaitu UP kerajaan. tak habis-habis. media media sekarang ni pelik-pelik.
lagipun mana lah nak pikir dosa pahala. ikut dan MISI diorang je..
ape la bebal sangat.
fikir la Media Prima oi..


dosa tau bodohkan orang tak berilmu macam orang-orang kat kampung yang memang akan tengok tv3 je...takpe lah, kau yang tanggung, bukan aku. malas nak cakap banyak.


lu pikir la sendiri.


booooooooooooooooooooooooooooo Media Prima nak-nak TV3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
boooooooooooooooooooooooo!!!!



Wednesday, December 11, 2013

blog ku, aku sayang abadi kat kau!

tak..

...............................

ya.....
.....................................................

sejujurnya, banyak kepahitan dalam diri ni.
lama rasanya tak update blog...

tetiba ada seperkara berlaku tadi..
rasa macam nak luah semua yang terpendam.. bukan sikit, bukan baru.. banyak & dah lama dah di pendam ni! kalau tapai pun boleh basi, inikan hati.

jadi...
hati macam biasalah, sedih sebak pilu tilu bertalu talu...
teringat pulak diri ni dah makin dewasa..
masalah diri tak perlulah dicerita..
tapi blog ni jadi peneman kesedihan..
maka, wahai blog ku sayang.. kau lah peneman segala penderitaan dan luahan yang abadi.. selagi wujudnya email & password ku..
terima kasih blog ku!

(rasanya lebih elok berkasih sayang dengan blog dari berkasih sayang dengan manusia.. tak gitu?)

......................................


11.12.13

Berumah di tepi pantai tak semestinya menjanjikan sesuatu yang indah.
kejadian di luar kotak pasti berlaku walaupun ia bukanlah perjanjian ketika itu.
cukup waktu, usanglah semua pandangan yang dulunya indah belaka.
begitu lah samanya dengan kehidupan.

indahnya pasti di awal,
pertengahannya semakin pudar,
hujungnya pasti suram.
bak dunia yang tiada berkehendakkan cahaya bulan.

setiap liku kehidupan, pasti ditempuh dengan pelbagai ujian.
hinggakan tiba waktu, hati ni memanjatkan suatu doa yang mungkin tidak didengari sesiapa kecuali yang Maha Esa.
ya.. doa itu.. aku mahukan itu di penghujung waktu ku.
alasanku ingin tinggalkan segala keperitan di dunia yang sering aku alami.
ingin tinggalkan hidup yang bergelumung dengan dosa, yang memberi kesan atas kejadian di dunia.
aku ingin bebas berlari di syurga yg Dia janjikan..

tapi..
bila doaku dipanjatkan, akan terdetik di hati suatu perasaan sebak.
apakah aku akan tinggalkan segalanya yg ada di dunia?
perasaan kesian terhadap bebanan yang mungkin akan ditanggung oleh pihak lain..
tapi.. aku hendak mengejar indahnya syurga, bukan dunia.
walaupun pihak itu adalah yang terpenting dalam hidupku..
entah.. tapi hajat hati ingin berlari terus ke syurga tanpa terbeban dengan sebarang dosa.
Allah.. Kau dengar hati perasaanku.. berilah petunjuk.

aku, manusia yang cukup dengan pengalaman hidup yang amat menyakitkan.
walaupun seketika itu aku pernah terasa indahnya dunia, tapi.. bila masa berlalu, peritnya lebih dari yang indah. segala - galanya ku rasa pahit.
sehingga sekarang.
entah apa.. rasa serba tak kena.
memikirkan beginikah selamanya kehidupan?
beginikah selamanya perhubungan?
aku tak sanggup!
sumpah aku tak sanggup!
terlalu pahit untuk ku telan..
sudah ku telan berulang kali, tapi perkara yang sama berulang kembali.

p/s :
susahkah manusia untuk berbuat silap sekali tanpa mengulanginya di kemudian hari?
susahkah?
Lihat...bagaimana payahnya untuk hati manusia itu betul-betul berubah..
kebaikan mereka hanyalah sebesar zarah.
kesilapan, keburukan, kejahatan, kejahilan, kealpaan mereka jauh lebih besar dari alam semesta.
sukar untuk terdetik menjadikan kebaikan itu lebih dari kejahatan dan kejahilan.
sungguh..




(di saat saratnya dengan kandungan 34minggu, menantikan "hari kejadian" untuk menunjukkan erti pengorbanan seorang wanita...
pintaku ; syurga Nya sahaja.. tiada yg lebih indah..
dunia, ketika ini..terasa diri seperti kehilangan, keseorangan, tiada kasih sayang, asyik memikirkan masa hadapan.. bagaimanakah coraknya?.... adakah akan berdiri sendiri, ataupun gagahkan diri bersabar menelan penderitaan? tidak.. aku tak sanggup..

Allah, ambillah aku...terlalu perit berada dengan manusia yang penuh dengan pura-pura...sebak... T__T)


Friday, September 27, 2013

mencari masa depan

entah kenapa hati ini terasa sayu...

Allah... apa yang sedang aku fikir ni?

masa depan...
future..
sama je ertinya..
tapi...
Tuhanku, apakah yang Kau takdirkan untukku?
bagaimanakah masa depan hidup ku?
apakah bentuk rezeki aku selepas ini?

akal aku mati..
mengenang masa depan hidupku ...tak, malah hidup kami sekeluarga..
apa nasib anakku?
nasib kami kelak?
adakah masih ada ruang rezeki itu untuk kami?
apakah ia masih tertanam di bumi?
atau masih di lautan?

Ya Allah, ampunkan dosa kami..
ampunkan salah silap kami..
janganlah Kau menghukum kami seperti ini..
permudahkan urusan kami..
turunkan rezeki itu untuk kami..
cerahkan masa depan kami..
Ya Allah... Allah..Allah.. Allah..

Kau saja yang mengerti segalanya..
permudahkanlah Ya Wahhab..
aku percaya padaMu Ya Wahhab..

Masih lagi...
aku fikirkan apakah corak masa depan ku...
aku sedih..
aku sebak..
tersekat, tersentak dengan takdir ini..
apakah yang Kau rancang untukku wahai Tuhanku?
ujian sebeginikah yang Kau takdirkan untuk setiap umatMu yang mendirikan masjid?
beginikah keadaannya?
Subhanallah... besar sungguh ujian ini Ya Allah..
tak termampu kami untuk menanggung..
kuatkan kami Ya Wahhab..
kuatkan kami!

tersisihnya kehidupan kami kala ini..
tersempitnya keadaan kami kala ini..
sedihnya hati kami kala ini..
tunjukkanlah Ya Wahhab..
tunjukkan rezeki dan masa depan kami...

aku masih lagi kekal buntu di sini..

suamiku..
anak kandungan ku..
penyakitku..

skarang dgn pekerjaanku..
nak beranak pula..
menumpang..
tersisih..

Allah huakhbar!!!

aku percaya...
walau aku tak nampak..
tapi aku cuba percaya..
mudah mudahan Kau dengar rintihanku Ya Allah, Ya Wahhab, Ya Razaq, Ya Haiyum, Ya Qaiyum..



aku masih di sini..
mencari masa depan yang tak pasti..

rabbi yasir wala tu asir, rabbi tamim bil khoir...
(~____~)

Tuesday, June 18, 2013

kotak kosong dan isinya

............

pernah tak kita terfikir hidup dalam satu kotak yang kosong yang kemudiannya di datangkan dengan satu isi yang sudah tentunya menceriakan segenap ruang?

tak perlu isi yang banyak.
walau hanya segenggam kertas yang di renyuk dan di buang, ia masih juga tetap menceriakan segenap ruang tersebut..

........

ah,
aku terlalu banyak berfikir hari ini...

kotak itu adalah hidupku..
blog ini adalah segenggam kertas yang di renyuk yang juga masih menceriakan segenap ruang hidupku....


Friday, May 17, 2013

Kisah-kisah Anbia yang kita mungkin tak tau....



Assalamualaikum..

Sempena hari jumaat 7 Rejab 1434Hijrah harini, saya nk kongsi sikit ilmu dari kawan saya bernama Syakir.. dia dalam wassap selalu sgt kasi bed time story sebelum kami akhiri gelak ketawa utk hari tu...

dan credit pada zihan sebab simpan..

credit jugak pada saya yg upload dlm blog & fb utk pengetahuan semua orang.. hehe.. sharing is caring..

ok jom baca.. semuanya menarik!

pasti ada tajuk2 tertentu yang kalian akan ckp "oo..mcm tu ke?" atau.. "oo..baru tau".. hehe

jom tengok!>

Air zam zam 
Bila siti sarah cemburu dan minta elok2 supaya Nab Ibrahim keluarkan siti hajar dari rumah tu..maka Allah pun mewahyukan kepada Nabi Ibrahim supaya hantar Siti Hajar di satu kawasan di tengah padang pasir yang panas terik tiada tempat berteduh..
Dengan keimanan yang teguh Nabi Ibrahim dan Siti Hajar mereka pun pergi..tempat tu memang gersang dan tiada air..tengah padang pasir..berkat keyakinan Allah akan memelihara siti hajar...Nabi Ibrahim pun tinggalkan Siti Hajar yg mengandung di situ..pulanglah Nabi Ibrahim..
Tapi di binakan juga bilik atau tempat berteduh utk Siti Hajar...yg sekarang di beri nama Hijir Ismail...
Setelah Nabi Ismail lahir...waktu Nabi Ismail menangis...Siti Hajar tahu nabi Ismail dahagakan air...maka siti hajar ternampak ada satu bukit sepertinya ada air yg bertakung..sebenarnya bukan air...kan bila cuaca panas kita nampak macam ada air sebenarnya bukan air...perasan tak bila kita duduk d kawasan panas di atas jalan raya..kita tengok jalan raya nampak macam ada airkan..
Ok..bila siti hajar nampak macam linangan air di kawasan bukit iaitu bukit safa..berlarilah siti hajar ke bukit safa itu..sampai ja di bukit safa tiada air pun...bila siti hajar berpaling ke bukit marwah nampak linangan air di bukit marwah maka larilah siti hajar ke bukit marwah..tapi bila sampai tiada air..bila tengok bukit safa balik nampak linangan air lari balik ke bukit safa...tengok balik ke bukit marwah nampak air lari pula ke bukit marwah..begitulah sebanyak 7 kali siti hajar berlari.
Bila nampak air tu Siti Hajar pun kata zam-zam...zam-zam...maksud zam-zam adalah..bertakunglah-bertakunglah...berkat doa siti hajar dan mukjizat hentakkan kaki nabi ismail yg Allah berikan..sampai sekarang air tu bertakung dan diberi nama air zam-zam...
So dari kisah siti hajar berlari2 nak dapatkan air dari bukit safa ke bukit marwah tu la yg di panggil saie...jarak bukit safa ke bukit marwah lebih kurang standard antara hujung padang bola sepak ja..
Maknanya dari tiang gol ke tiang gol satu lagi..tu ja jaraknya..



Mcm mn babi & tikus wujud 

Setelah berlaku banjir besar maka belayarlah bahtera Nabi Nuh dgn izin Allah...di dalam bahtera tersebut ada bertingkat2...tingkat paling bawah di letakkan binatang liar dan buas...seperti harimau..singa..gajah..dan lain2 yg liar...jadi bila dah berlayar akibat banjir besar terlampau lama..Najis binatang itu berkumpul terlalu banyak lalu mengeluarkan bau yg terlampau busuk...persoalannya siapa yg berani utk mencuci Najis itu dengan binatang buas? Lalu Nabi Nuh memohon petunjuk dari Allah utk menyelesaikan masalah tersebut..Allah mewahyukan agar Nabi Nuh mengosok bontot Gajah...setelah di gosok lalu keluarlah babi dgn izin Allah...babi di tugaskan utk memakan najis2 tersbut sehingga bersih...Iblis yg melihat kejadian tersebut melakukan hal yg sama di bontot babi lalu keluarlah Tikus dgn izin Allah..tikus keluar dan memakan kayu bahtera untuk membocorkan bahtera tersebut...Allah mewahyukan lagi kepada Nabi Nuh agar menggosok bontot Harimau..lalu keluarlah kucing yg mengejar dan memakan tikus demi mengelakkan kebocoran bahtera tersebut...Wallahhua'lambissawab...

Subang (tindik) & sunat bagi perempuan 

Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah anak pemerintah ketika itu...tapi setelah lama berkahwin mereka tidak dikurniakan zuriat...Siti Sarah isteri yg solehah dan sayangkan suaminya Nabi Ibrahim...Siti Sarah tahu Nabi Ibrahim mahukan zuriat bagi mewarisinya dalam menyebarkan Islam...
Lalu siti sarah memberi cadangan kepada Nabi Ibrahim agar kawin lagi sorg..Siti Sarah sanggup bermadu...nabi Ibrahim yg mahukan zuriat setuju tapi Nabi Ibrahim minta siti sarah yg carikan...(Nampak tak Nabi bukan kawin sebab nafsu)...
Lalu Siti Sarah carikan dari kalangan orang gajinya...Siti Sarah pilih Siti Hajar yang tak secantik Siti Sarah...siti sarah cantik tapi siti hajar tak cantik...ok bila dah di nikahkan..beberapa tempoh kemudian siti hajar pun mengandung...
Seronoklah Nabi Ibrahim...bila Siti Hajar mengandung..biasa la pompuan mengandungkan macam2..morning sickness laa..mengidam laa...letih laa...lalu Nabi Ibrahim bagi perhatian penuh la takut apa2 jadi kat Siti Hajar...
Bila siti sarah tengok dia cemburu...tapi cemburu dia adalah cemburu yg normal di kalangan wanita..bukan cemburu yang sampai nk gadoh2 nk cerai berai tu...
Bila dah cemburu siti Sarah pun panggil siti hajar waktu Nabi Ibrahim tiada di rumah...siti sarah tebuk telinga siti sarah dan di pakaikan anting2 supaya Nabi Ibrahim tengok Siti Hajar dan nampak tak cantik atau pelik la kan..siti hajar tak melawan siti sarah sebab dia sedar dia adalaha orang gaji ja..
Tapi bila Nabi Ibrahim balik dan tengok Siti Hajar Nabi Ibrahim suka dan nampak cantik...lagi la siti Sarah tak puas hati..bila Nabi Ibrahim tiada di rumah lagi..Siti Sarah potong sedikit daging kemaluan Siti Hajar nk bagi nampak pelik dari kebiasaan...tapi bila Nabi Ibrahim balik dan tengok nampak bersih lagi la Nabi Ibrahim suka...
Maka faham lah siti sarah dia macam mana pun Allah akan melindungi aib siti Hajar...lalu Siti Sarah pun bercakap elok2 kepada Nabi Ibrahim bagitau kata dia cemburu dan minta Siti Hajar di pindahkan ke tempat lain....masa ni lah Allah perintahkan Nabi Ibrahim hantar Siti Hajar ke tempat yg dekat dengan Kaabah tu...tanah gersang yang panas...so sambung la dengan kisah saie tadi...faham?

Siapa itu iblis 


Iblis ni sebelum kewujudan Nabi Adam...Iblis adalah malaikat...Iblis adalah ketua malaikat...tiada muka tempat di muka bumi ini yang tidak pernah kena sujud Iblis saat dia taat pada Allah...sehinggalah Allah mencipta Nabi Adam..Iblis dengan angkuh tidak mahu sujud kepada Nabi Adam dengan melanggar perintah Allah...makluk pertama yg lawan perintah Allah adalah Iblis...lalu Allah menghalau Iblis dari syurga...Iblis keluar dari syurga dengan gaya bersiul2 tanda angkuh.....setelah di halau keluar dari Syurga, Iblis selalu mencuri2 dengar dilangit ke 7 ilmu2 atau perkara2 yg Allah sampaikan kepada Malaikat lain d Syurga..sebab tu la Iblis boleh dapat ilmu yg sama macam Nabi Nuh utk jadikan tikus..faham semua?...masa Iblis curi2 dengar akan ada malaikat lain akan memanah iblis dan sekutu dia dengan petir...tu yg kita selalu tengok kilat sabung menyabung dentuman guruh..tu Malaikat sedang tembak iblis nk dengar ilmu Allah la tu utk pesongkan anak cucu Nabi Adam..



Manusia pertama solat subuh 

Manusia pertama yg solat subuh adalah Nabi Adam...setelah Nabi Adam dan Siti Hawa di turunkan ke bumi ketika itu waktu malam gelap gulita..Nabi Adam di turunkan di bumi India...dalam keadaan gelap gulita itu Nabi Adam dalam keadaan ketakutan menangis memohon keampunan dari Allah sehinggalah Nabi Adam nampak cahaya kemerah-merahan...lalu Nabi Adam gembira dan melakukan solat 2 rokaat tanda terima kasih dari Allah yg memberi sinar cahaya harapan dan terkeluar dari kegelapan yg menakutkan yg diberi nama Subuh...

Manusia pertama solat zohor 

Manusia pertama solat Zohor pulak adalah Nabi Ibrahim iaitu ketika Nabi Ibrahim diuji supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail...Setelah penyembelihan berlaku Allah telah menukarkan dengan kibas sebagai ganti kepada Nabi Ibrahim...kerana berasa gembira dan bersyukur dengan kekuasaan Allah yang Maha Mengasihani Nabi Ibrahim solat 4 rokaat tanda syukur dan solat ini diberi nama solat Zohor..

Manusia pertama solat asar 

Manusia pertama solat Asar adalah Nabi Yunus setelah Nabi Yunus ditelan oleh ikan Yu..di dalam perut ikan Yu Nabi Yunus menangis memohon keampunan..di dalam perut ikan Yu juga Nabi Yunus Solat kepada Allah..setelah Nabi Yunus di luahkan ke tepi pantai dalam keadaan kurus kering dan lapar..Allah telah tumbuhkan pohon2 yg berbuah mengelilingi Nabi Yunus..Nabi Yunus makan sehingga tenaganya pulih lalu Nabi Yunus bangun dan solat 4 rokaat tanda bersyukur kepada Allah yang Maha kuasa..solat itu diberi nama Asar..


Malaikat Zabaniah menangkap Iblis



Kabul Ahbaar berkata: Apabila dunia ini telah musnah dan tidak ada lagi orang yang tinggal di dunia ini baik manusia, jin,syaitan atau binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah swt. kepada Iblis Laknat.Kemudian Allah swt. berfirman kepada malaikat maut: "Aku telah menjadikan pembantu untuk mu sebanyak orang yang ada dari mula hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Malaun terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang-orang dari mula hingga yang terakhir terdiri dari Jin dan manusia dan berlipat kali ganda.


Firman Allah swt. lagi:


" Dan hendaklah kamu membawa 70.000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan cabutlah dengan 70.000 cungkilan dari neraka Ladha. Dan perintahkan kepada Malaikat Malik supaya membuka semua pintu-pintu neraka."


Setelah mendapat perintah dari Allah swt maka malaikat maut itu pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan dan diceritakan andaikata kalau penduduk langit dan dunia melihatnya nescaya akan menjadi cair mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu.Apabila sampai saja Malaikat maut pada Iblis Laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali saja maka jatuh pengsanlah si Iblis laknat dengan berdengkur dan sekiranya dengkur si Iblis laknat didengar penduduk di timur hingga ke barat nescaya akan pengsan kesemua mereka itu, lalu malaikat maut membentak lagi:"Berhentilah kamu Iblis Laknat yang jahat dan kini rasalah kepedihan maut sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang kau hidup dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah swt. terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari!"


Apabila Iblis Laknat mendengar saja apa yang dikatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka iapun lari ke hujung timur, tetapi malaikat maut telah sedia berada dihadapanya, maka larilah Iblis laknat itu menyelam ke dalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada didepanya, lalu laut melemparkan Iblis laknat itu.Maka larilah Iblis laknat itu mengelilingi bumi, tapi tidak ada satu tempat pun untuk ia bersembunyi, kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata:


"Disebabkan kamulah aku menjadi malaun."Kemudian Iblis laknat bertanya kepada malaikat maut:" Minuman apakah yang akan kamu berikan kepada ku dan seksa apakah yang akan kamu kenakan terhadapku?." Malaikat maut pun berkata:" Kamu akan diberi minuman dari neraka Ladha, seksa akan kamu terima serupa dengan seksa ahli neraka dan berlipat kali gandaa". Mendengar hal demikian maka Iblis laknat pun mengguling diatas tanah sambil menjerit-jerit sekuat suaranya kemudian ia lari dari barat ke timur dan berbalik sehingga ia sampai pada tempat yang mula-mula turun ke bumi dulu dan disitu ia dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai ditangannya.Sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah. Wallahualam.


p/s- sedangkan Iblis la'natullah yang jahat lagi terkutuk itu pun takut akan azab neraka..Tapi kita dengan Angkuhnya anggap NERAKA ITU MAINAN dengan mendustakan kebenaran azab yang Allah janjikan. Nauzubillahhiminzalik.



...bersambung...


Air 

Tuesday, April 16, 2013

SEL vs JDT




17 April 2013..

eh eh.. nanti jap..


9 mach 2013..
Liga super SEL vs JDT..

8.45pm aku dah ada dalam stadium Shah Alam dengan encik tunang...
tapi kalini aku ajak dia duk kat fans JDT.. hehe.. ikhlas tak ikhlas dia turut jugak..
masa ni johor memang takde luck.. walaupun sebelum tu peminat tegar red giant kat sebelah ni kata "cuak,sbb JDT slalu score last minit"...
tapi tetap jugak xde luck... JDT kalah dgn SEL 4-1...memang teruk kena balun..
orang sebelah ni suka bersorak..lagi plak ade mamat blakang kami pun fans selangor,tapi ikut kawan jugak duk kt JDT.. masa tu bergegar beb stadium Shah Alam.. red giant punya fan kemain lagi hepi sakan....lagi pulak bekas player SEL masuk JDT,lagi la diorang puas hati..

masa keluar stadium, ada fans JDT kena bahan kao2... sambil keluar fans red giant ckp johor sayur..pergh.. wa terbakar beb..hangus cakap sama lu.. org sebelah menyengih la sbb dia menang... siap ckp "rugi tak duk kat selangor... lepas ni kalau ada game duk kat selangor pulak.."
erm.. yelah... kena ikut cakap dia.. lagi bape hari lagi nk nikah ngn dia masa tu... hehe..

ok..kluar stadium,balik rumah tgk fb.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....tgk blog ni... http://busuk.org/ping/view/478434 ... dia kata tahniah SEL sebab memalukan JDT...perghhh...
kemain JDT kena bahan dgn member2 orang selangor ni... perghhh.. 2 3 kali gak la wa update status.... perghhhhhhh.... bukan terbakar lagi dah, dah jadi abu!

panas bebb.... JDT sayur, Johor Darul Takziah, Johor bodoh, apa lagi.. perghhh..serius...
panas der.. wa org johor, sbb tu la terbakar..kalau hepi pun,tak payah la nk membodoh2kan orang,lagi plak nama negeri JOHOR diorang buat main2.. lagi la wa terbakar.. bila tegur, ckp standard la.. bola je pun.. memang la standard kena bahan, tapi bab nama johor jadi JDTakziah tu kurang hajo namenye..

der... wa tau la lu red giant mmg champion all the time.. mmg wa tak nafi..
sebelum tertubuhnya JDT, wa ni duk menyokong selangor tanpa membantah.. asal selangor lawan je,wa turun stadium. siap doa2 bagai utk selangor menang masa tu... bertahun jgk la wa sokong.. sbb JDT masa tu memang tak ade nama LANGSUNG... atas sebab bf aka tunang aka suami wa die hard fans red giant, wa folo.. daripada tak tau,semua da jadi tau pasal bola... belajar dari siapa? Selangor jugak.. terima kasih orang selangor...sebab selangor wa belajar erti bola sepak.
ok.dah..
tak sabar nak masuk part lagi 1 ni... nextttttt.....


17 April 2013
Piala FA

8.45mlm...mcm biasa, dah ada dalam stadium SHah Alam... kali ni terpaksa ikut ckp suami,pakai baju merah & duduk di fans red giant... aku ok je, sebabkan JDT kalah teruk & suami nak aku duk situ sebagai janji cerita kat atas... on je lah...lagi pun memang dah bertahun aku duk kat fans selangor kan..
mmm... baju merah.. ermmm... dalam hati ade biru, tapi taknak tunjuk. heheh..

awal game, semua player JDT mcm tak dapat cari corak game.. aku pun diam....tetiba je SEL gol... aku pun bersorak jugak la,tapi kecik2 je. haha. sampai la 2nd half.. jantung berdebau. sbb sebelum game agree-gate SEL 2-JDT 1... bila SEL da goal tadi, maka jadi la 3 - 1...

masuk 2nd half, mcm2 hal.. pengadil tak betul. sampai fans red giant ramai2 baling bekas air... tapi aku tengok pengadil tu pun mcm blur-blur.. huhu...
tetiba je JDT score 1 goal.. jadi la 3-2... score oleh si perut buncit NUNEZ dari Argentina yg baru je JDT beli sbb player import 2 orang sebelum ni (xingat nama) dah tamat contract..(dlm fb ramai ckp pasal perut dia)... nice shoot... aku siap YES YES!! sambil angkat punggung mcm nk berdiri bersorak...sampai fans Sel usha baekkk punya. hahaha.. maafkan saya.. terlalu teruja.. lupa plak duk kat Selangor...hehe.

eh eh... red giant diam?!!! ok..... faham..
(diam tu tade la diam sangat.. sbb ultras ngn yg main gendang tu tak benti menjalankan tanggungjawab diorang)...

pastu game game game... tup tup.. JDT score lagi sbijik.. perghhh..berjoget tangan wa beb..hahaha. orang sebelah buat derk je, sbb dia tgh panaz panaz panazzz... wa ckp ngn dia "dapat 3 sama jadi lah" pun dia buat derk je.ahahahha...cuak kau.haaa..


sampai la habis 2nd half.. 3-3.... tambah masa 30 minit pulak.....pun tetap 3 sama..
sbb masa ni player ramai krem kaki.. orang sebelah kata, standard player bola main 90minit, kalau lebih memang krem tu perkara biasa.. tapi kena hati2 jgk,takut ada serangan jantung..

last2.. penalti..
masa ni cuaknye mcm tgk cite hantu! kalau ade bantal memang aku da tutup muka dah... ade fans selangor depan aku,siap nyorok blakang kawan dia sbb tak nak tengok. cuak derrr... wa goyang jgk ni. penalti kot..
aku ni berketaq lutut, tak segan tadah tangan mintak doa start dari Nunez buat 1st score.... " Ya Allah, berilah kemenangan berpihak kepada Johor.. sekali ni pun jadi la.. kami tak mintak lebih dah.. tapi kalau ada lebih syukur sangat2.."

mula dgn ..

selangor... score 1 (bergegar stadium!)
JDT.. score 1 (bergegarrr stadiummm!!)
selangor... x score  (bergegarrr stadiummm!!)
JDT .. score 1  (lagi bergegarrr stadiummm!!)
selangor.. x score  (bergegarrr stadiummm!!)
JDT.. score 1  (bergegarrr stadiummm!!)
selangor.. score 1  (bergegarrr stadiummm!!)
JDT.. score 1  -------------> masa ni tak pk ape dah.... sbb dah JDT dah menang. haaha.. aku pun duk yes yes yesss...sampai orang sebelah marah sebab ingatkan aku duk kt fans selangor. pastu aku tros tersenyap. dalam hati rasa mcm nak joget.. masa ni aku rasa nak lari pegi kat fans JDT wweh..ahhaha..
haih... seronok,tapi cuak jugak sebab fans sebelah ni ha masam muka..kiri kanan depan belakang dah terdiam.aku sorang je yg bergoyang2 hepi.hehehehe... takut depa perhambat aku.. hehehe..

so lepas tu memang aku excited nk bukak fb...
nk menjerit tapi tahan.tahan tahan........last2 aku we chat ngn group aku, tros lepaskan jeritan maut kat diorang.. puas hati.. hahaha...

peliknya fans selangor semua diam je.. boring la fb aku mlm tu.. harini pun sama...
senyap je.. takde nk bahan lagi ke? hehhehe..

kalini turn aku update status..
tapi aku takkan biadap..
sbb bagi aku syukur lah dapat kalahkan selangor SEKALI je.. syukur dah.. cukup dah bagi aku..
pasni mungkin diorang akan bahan JDT lagi... itu tak kesah lah,yg penting mlm ni.. haha..
encik abang saye senyap je.. tak ckp ape pung..hehe..

JDT mmg sayur... jadi aku rasa harini aku nk makan sayur banyak2 lah... nak jadi popye.. makan sayur banyak2 baru jadi kuat...... mcm JDT.. oupss.. hehehe..


so far... aku sangat bersyukur kepada Allah,sebab makbulkan doa2 kami anak2 Johor... aku rasa mcm nk sujud syukur mcm Safee Sali semalam.....syukur sangat.. terima kasih Allah...

tahniah JDT! luaskan kuasa mu!! terus maju walaupun dengan pemain import.. tapi itu la strategy TMJ yg terbaik utk kami mlm smlm!

kepada Selangor, saya tetap menyokong Selangor mcm sebelum JDT wujud.. Selangor mmg hebat...
Selangor juga ajar saya erti bola.. daripada ZERO,tros ada minat nk tgk bola..terima kasih Selangor..
ikhlas dari peminat mu.... :)






Monday, April 15, 2013

Surat mengadu untuk ibu ayah..


Assalamualaikum...

Ibu, ayah semua apa khabar kat kampung tu? acik harap semua kat sana sihat.. acik kt sini kurang sihat,macam2 sakit lately.. demam la,pening la,sakit badan la,sakit perut la dan sekarang acik tahan migrain dari semalam..suhu badan kejap naik kejap turun.. mungkin cuaca kot..tapi ibu ayah semua jgn risau ye, man jaga acik elok je. mama papa pun..

acik sebenarnya...
 walaupun acik dah 27 tahun, dah bersuami & boleh fikir mana baik mana buruk, tapi acik tetap nak mengadu. sebab bila acik ada masalah,acik x boleh pendam sorang-sorang...sebab acik x boleh pendam,nanti jadi dendam..

macam yang ibu ayah semua tau, acik ceria, kasar, marah, dendam di luar, tapi dalam hati Allah saje yang tau macam mana...

Bu,
baru-baru ni timbul satu masalah acik dengan kawan2.. eh tak, kawan2 yang ada masalah dgn acik.. puncanya pasal fees utk kelas.. acik memang akan bertanya benda yang acik nak tau, walaupun benda tu acik da tau. bukan nak tunjuk acik betul, acik cuma nak tau je,beside kawan ni tak explain secara terperinci dan acik nak tolong kawan2 lain "clear" ttg benda ni....
 tapi bagi kawan2 kelas ni, persoalan acik tu semuanya satu masalah. sampai satu tahap, macam2 isu berbangkit... mulanya pasal entry dalam blog rumah anak yatim tu.. acik komen entry tu pada june 2012,pastu tak update apa2. so acik minta kawan acik ambil gambar & tengok keadaan rumah tu dulu utk berjaga2.. manusiakan ramai hidung belang,so acik minta la kawan acik buat mcm tu sbb mana tau dalam setahun ada yang hulurkan bantuan utk majukan rumah anak yatim tu. lepas tu pulak diorang cakap acik tak agreed pasal kena bayar fees rm50 utk kelas tu la, minta kawan lain sediakan resit sebagai bayaran la, kena ada cop la, buat akaun utk semua perbelanjaan & bentangkan report kewangan la,  pastu perli pasal nak sedekah or buat amal jariah ni kena ikhlas la... pastu timbul balik isu ayat perli acik minta tgk rumah anak yatim tu .. lagi bu, siap ada pepatah diselitkan rumah dah siap tapi pahat ni berbunyi bunyi..pastu perli lagi pasal derma kena ikhlas..pastu perli lagi pasal patung jepun,perli lagi perli lagi dan perli lagi..acik menangis sambil gemgam jari bu... sedih, marah, bengang..

acik tau sangat cara diorang bu....bila dah di perli2, acik perhati je setiap gerak diorang.. tengok2, ada lagi isu.... kalau diorang baca benda ni pun diorang takkan mengaku niat sebenar... tapi hakikatnya..... dia tipu diri sendiri..

ibu ayah,
ibu ayah semua taukan, acik dari kecik selalu kena buli..
HITAM,KOTOR,BURUK, TAK CANTIK, TAK PANDAI bla bla bla..
ibu ayah tau semua tu..sbb tiap kali cikgu datang rumah,cikgu mesti bagitau..
ibu ayah kuat... orang cakap anak dia apa-apa pun dia takkan melawan...
biarkan..biarkan..

masa sekolah menengah, orang ejek-ejek acik lagi.. HITAM HITAM HITAM TAK LAWA TAK LAWA HITAM...bila balik sekolah, acik mengadu sambil nangis kat ibu.. ingat lagi, ibu pun menangis geram.
orang ckp anak dia mcm2 dari kecik sampai la ke besar... HITAM TAK LAWA...
sampai masa.. ibu dah tak sanggup simpan perasaan yg dia pendam sebab orang buli ejek anak dia x lawa la ini la itu la terluah...
 ibu ajar acik melawan.. kalau ada orang ejek, lawan. jangan biarkan orang ejek kita macam2.

ibu : kalau ada orang ejek lagi lepas ni, tanya kat dia "aku hitam ke,aku tak lawa ke ada aku mintak mak bapak kau bagi makan??"
kalau dia nak mengadu kat cikgu ke, kat mak ayah dia ke, biarkan. ibu datang sekolah boleh ckp dgn cikgu dgn mak ayah dia yang anak dia tu biadap. ingat pesan ibu, jangan biarkan orang lain ejek. kita buruk ke ape ke bukan kita mintak, Allah yang bagi..

terima kasih bu...bertahun kita pendam orang mengata macam2... baik kawan2, baik sedara sendiri..
Allah tau kita bersabar kan bu?

bu ayah, kepala acik sakit bu.. sakit sebab terlalu pk pasal kawan2 acik yg skarang ni......menangis sebab kawan2.. acik berkawan dengan semua dan tak pernah lagi nk memilih...acik baik dengan semua.. bila hal mcm ni jadi,acik mcm tak dapat terima kawan2 acik mcm tu.. orang mcm ni patut ke acik panggil "kawan"... kawan yang talam dua muka, kurang ajar, biadap. layak ke nak panggil kawan?
kalau diorang baca, nk buat apa lepas ni pun buat la...acik tak kesah dah bu.. acik dah penat..
acik terlalu baik dengan orang, sayangkan kawan2, sampai termakan diri sendiri...
susah bu nak jadi diri sendiri bila ada orang keliling yang mcm ni... susah sangat..

acik menangis mengadu hal ni kat man.. tersedu2 acik menangis.. sampai man marah sebab acik nak melawan..
tapi acik tak buat.. acik simpan dalam kepala.. now acik nk bagitau ibu ayah..
kepala acik sakit, mata acik bengkak.. acik tak boleh terima hakikat kawan2 yang mcm tu..acik tak boleh terima apa yang diorang buat bu.. acik terasa,sangat terasa bila orang mengata kita mcm2....
man mintak acik diam. acik mmg diam.. dan acik takkan bersuara apa2.. cukup lah benda mcm ni da buat acik sakit kepala... sayang acik kat kawan2 tu, acik tarik balik. baik acik pada diorang acik insyaallah akan teruskan... kawan atas angin je bu.. acik tak nak kawan2 yang mcm tu..

acik serik...
acik sedih...
ikut hati memang nak melawan, nak jugak ajar diorang mcm mana cara nak jadi kawan bukan lawan...tapi acik takkan buat mcm tu....acik akan diam je bu.. acik akan perhati dan ikut je apa yang Allah takdirkan..biarlah orang nk buli ke, nak ejek ke, nak kutuk ke, nak perli ke, nak ckp kita tak ikhlas ke.. acik x kisah dah.. doakan supaya dosa diorang diampunkan Allah cukup lah..
acik cuba bersabar walaupun sakit kepala ni bagai nak pecah sbb acik tak boleh terima hakikat ada kawan yang mcm diorang...orang2 macam ni tak boleh di bawa berbincang, tak boleh di bantah, tak boleh di tegur, tak reti nak paham orang lain...yang diorang tau melawan...




semoga Allah lindungi acik dan ibu ayah dari bersifat mcm diorang tu..
amin....


~___~



Thursday, January 3, 2013

Mimpi sampai ke syurga

Malam ni dinginnya sampai ke tulang
Malam jumaat katanya

Terbang berkeliaran keliling kepala
Kepantasan sayapnya tidak terkira
pusing.... pusing.... pusing ia tanpa kepenatan
ah..bosan dia dengan penat
biar saja bersarang di kepala
nampakkan dia tidak sepi?
bahagia dia dengan dunianya..
itu lah dia..
si kecil pari-pari yang sedang terbang bersama bait-bait dalam fikiranku

Peristiwa malam tadi tu... adakah sesuatu dari-Nya?
semalam.. tidurku disulami dengan bacaan ayat Kursy
disusuli pula dengan zikir sehingga tertidur
enak sangat rasanya
sampaikan terleka dan terlena

dan
apakah mimpi itu berita dari Allah?
alhamdulillah..
senyum aku
aku bosan dengan penat
kerana itu
selagi mampu aku berdoa
sampaikan mungkin berjelaga dengan sendiri

ceritanya
malam dan bermimpi..
indahnya tidak terkata..
aku dibawa ke suatu kawasan alam
alam semulajadi yang begitu mengasyikkan
segarnya terjunan air dengan bunyinya..
dinginnya cuaca..
nyamanya pemandangan..
gembiranya sekawan burung dengan ilai tawa..
indahnya langit..
diserikan dengan pelangi..

sekilas mataku pandang, sedetik terpana pada kejadian itu..
sujud aku di situ dengan tangisan
rendahnya diri di hadapan Allah
aku menangis mengagungkan ciptaan-Nya yang begitu indah..
apakah aku di syurga?
aku mengharapkannya..
indahnya syurga wahai kalian
entah kenapa aku begitu syahdu dalam mimpi itu
sedangkan ia hanyalah mimpi

Tuhanku..
apakah Kau kirimkan sesuatu untukku?
apakah punya erti mimpi itu?

Dia yang Maha Mengetahui
kekalkan ingatan, pujian, doa kepada-Nya
biarkan ia bersarang berjelaga dalam diri
walau tidak mampu bernafas sekalipun
sebab ia terjamin
untuk masa depan..


Alhamdulillah..