Friday, May 17, 2013

Kisah-kisah Anbia yang kita mungkin tak tau....



Assalamualaikum..

Sempena hari jumaat 7 Rejab 1434Hijrah harini, saya nk kongsi sikit ilmu dari kawan saya bernama Syakir.. dia dalam wassap selalu sgt kasi bed time story sebelum kami akhiri gelak ketawa utk hari tu...

dan credit pada zihan sebab simpan..

credit jugak pada saya yg upload dlm blog & fb utk pengetahuan semua orang.. hehe.. sharing is caring..

ok jom baca.. semuanya menarik!

pasti ada tajuk2 tertentu yang kalian akan ckp "oo..mcm tu ke?" atau.. "oo..baru tau".. hehe

jom tengok!>

Air zam zam 
Bila siti sarah cemburu dan minta elok2 supaya Nab Ibrahim keluarkan siti hajar dari rumah tu..maka Allah pun mewahyukan kepada Nabi Ibrahim supaya hantar Siti Hajar di satu kawasan di tengah padang pasir yang panas terik tiada tempat berteduh..
Dengan keimanan yang teguh Nabi Ibrahim dan Siti Hajar mereka pun pergi..tempat tu memang gersang dan tiada air..tengah padang pasir..berkat keyakinan Allah akan memelihara siti hajar...Nabi Ibrahim pun tinggalkan Siti Hajar yg mengandung di situ..pulanglah Nabi Ibrahim..
Tapi di binakan juga bilik atau tempat berteduh utk Siti Hajar...yg sekarang di beri nama Hijir Ismail...
Setelah Nabi Ismail lahir...waktu Nabi Ismail menangis...Siti Hajar tahu nabi Ismail dahagakan air...maka siti hajar ternampak ada satu bukit sepertinya ada air yg bertakung..sebenarnya bukan air...kan bila cuaca panas kita nampak macam ada air sebenarnya bukan air...perasan tak bila kita duduk d kawasan panas di atas jalan raya..kita tengok jalan raya nampak macam ada airkan..
Ok..bila siti hajar nampak macam linangan air di kawasan bukit iaitu bukit safa..berlarilah siti hajar ke bukit safa itu..sampai ja di bukit safa tiada air pun...bila siti hajar berpaling ke bukit marwah nampak linangan air di bukit marwah maka larilah siti hajar ke bukit marwah..tapi bila sampai tiada air..bila tengok bukit safa balik nampak linangan air lari balik ke bukit safa...tengok balik ke bukit marwah nampak air lari pula ke bukit marwah..begitulah sebanyak 7 kali siti hajar berlari.
Bila nampak air tu Siti Hajar pun kata zam-zam...zam-zam...maksud zam-zam adalah..bertakunglah-bertakunglah...berkat doa siti hajar dan mukjizat hentakkan kaki nabi ismail yg Allah berikan..sampai sekarang air tu bertakung dan diberi nama air zam-zam...
So dari kisah siti hajar berlari2 nak dapatkan air dari bukit safa ke bukit marwah tu la yg di panggil saie...jarak bukit safa ke bukit marwah lebih kurang standard antara hujung padang bola sepak ja..
Maknanya dari tiang gol ke tiang gol satu lagi..tu ja jaraknya..



Mcm mn babi & tikus wujud 

Setelah berlaku banjir besar maka belayarlah bahtera Nabi Nuh dgn izin Allah...di dalam bahtera tersebut ada bertingkat2...tingkat paling bawah di letakkan binatang liar dan buas...seperti harimau..singa..gajah..dan lain2 yg liar...jadi bila dah berlayar akibat banjir besar terlampau lama..Najis binatang itu berkumpul terlalu banyak lalu mengeluarkan bau yg terlampau busuk...persoalannya siapa yg berani utk mencuci Najis itu dengan binatang buas? Lalu Nabi Nuh memohon petunjuk dari Allah utk menyelesaikan masalah tersebut..Allah mewahyukan agar Nabi Nuh mengosok bontot Gajah...setelah di gosok lalu keluarlah babi dgn izin Allah...babi di tugaskan utk memakan najis2 tersbut sehingga bersih...Iblis yg melihat kejadian tersebut melakukan hal yg sama di bontot babi lalu keluarlah Tikus dgn izin Allah..tikus keluar dan memakan kayu bahtera untuk membocorkan bahtera tersebut...Allah mewahyukan lagi kepada Nabi Nuh agar menggosok bontot Harimau..lalu keluarlah kucing yg mengejar dan memakan tikus demi mengelakkan kebocoran bahtera tersebut...Wallahhua'lambissawab...

Subang (tindik) & sunat bagi perempuan 

Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah anak pemerintah ketika itu...tapi setelah lama berkahwin mereka tidak dikurniakan zuriat...Siti Sarah isteri yg solehah dan sayangkan suaminya Nabi Ibrahim...Siti Sarah tahu Nabi Ibrahim mahukan zuriat bagi mewarisinya dalam menyebarkan Islam...
Lalu siti sarah memberi cadangan kepada Nabi Ibrahim agar kawin lagi sorg..Siti Sarah sanggup bermadu...nabi Ibrahim yg mahukan zuriat setuju tapi Nabi Ibrahim minta siti sarah yg carikan...(Nampak tak Nabi bukan kawin sebab nafsu)...
Lalu Siti Sarah carikan dari kalangan orang gajinya...Siti Sarah pilih Siti Hajar yang tak secantik Siti Sarah...siti sarah cantik tapi siti hajar tak cantik...ok bila dah di nikahkan..beberapa tempoh kemudian siti hajar pun mengandung...
Seronoklah Nabi Ibrahim...bila Siti Hajar mengandung..biasa la pompuan mengandungkan macam2..morning sickness laa..mengidam laa...letih laa...lalu Nabi Ibrahim bagi perhatian penuh la takut apa2 jadi kat Siti Hajar...
Bila siti sarah tengok dia cemburu...tapi cemburu dia adalah cemburu yg normal di kalangan wanita..bukan cemburu yang sampai nk gadoh2 nk cerai berai tu...
Bila dah cemburu siti Sarah pun panggil siti hajar waktu Nabi Ibrahim tiada di rumah...siti sarah tebuk telinga siti sarah dan di pakaikan anting2 supaya Nabi Ibrahim tengok Siti Hajar dan nampak tak cantik atau pelik la kan..siti hajar tak melawan siti sarah sebab dia sedar dia adalaha orang gaji ja..
Tapi bila Nabi Ibrahim balik dan tengok Siti Hajar Nabi Ibrahim suka dan nampak cantik...lagi la siti Sarah tak puas hati..bila Nabi Ibrahim tiada di rumah lagi..Siti Sarah potong sedikit daging kemaluan Siti Hajar nk bagi nampak pelik dari kebiasaan...tapi bila Nabi Ibrahim balik dan tengok nampak bersih lagi la Nabi Ibrahim suka...
Maka faham lah siti sarah dia macam mana pun Allah akan melindungi aib siti Hajar...lalu Siti Sarah pun bercakap elok2 kepada Nabi Ibrahim bagitau kata dia cemburu dan minta Siti Hajar di pindahkan ke tempat lain....masa ni lah Allah perintahkan Nabi Ibrahim hantar Siti Hajar ke tempat yg dekat dengan Kaabah tu...tanah gersang yang panas...so sambung la dengan kisah saie tadi...faham?

Siapa itu iblis 


Iblis ni sebelum kewujudan Nabi Adam...Iblis adalah malaikat...Iblis adalah ketua malaikat...tiada muka tempat di muka bumi ini yang tidak pernah kena sujud Iblis saat dia taat pada Allah...sehinggalah Allah mencipta Nabi Adam..Iblis dengan angkuh tidak mahu sujud kepada Nabi Adam dengan melanggar perintah Allah...makluk pertama yg lawan perintah Allah adalah Iblis...lalu Allah menghalau Iblis dari syurga...Iblis keluar dari syurga dengan gaya bersiul2 tanda angkuh.....setelah di halau keluar dari Syurga, Iblis selalu mencuri2 dengar dilangit ke 7 ilmu2 atau perkara2 yg Allah sampaikan kepada Malaikat lain d Syurga..sebab tu la Iblis boleh dapat ilmu yg sama macam Nabi Nuh utk jadikan tikus..faham semua?...masa Iblis curi2 dengar akan ada malaikat lain akan memanah iblis dan sekutu dia dengan petir...tu yg kita selalu tengok kilat sabung menyabung dentuman guruh..tu Malaikat sedang tembak iblis nk dengar ilmu Allah la tu utk pesongkan anak cucu Nabi Adam..



Manusia pertama solat subuh 

Manusia pertama yg solat subuh adalah Nabi Adam...setelah Nabi Adam dan Siti Hawa di turunkan ke bumi ketika itu waktu malam gelap gulita..Nabi Adam di turunkan di bumi India...dalam keadaan gelap gulita itu Nabi Adam dalam keadaan ketakutan menangis memohon keampunan dari Allah sehinggalah Nabi Adam nampak cahaya kemerah-merahan...lalu Nabi Adam gembira dan melakukan solat 2 rokaat tanda terima kasih dari Allah yg memberi sinar cahaya harapan dan terkeluar dari kegelapan yg menakutkan yg diberi nama Subuh...

Manusia pertama solat zohor 

Manusia pertama solat Zohor pulak adalah Nabi Ibrahim iaitu ketika Nabi Ibrahim diuji supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail...Setelah penyembelihan berlaku Allah telah menukarkan dengan kibas sebagai ganti kepada Nabi Ibrahim...kerana berasa gembira dan bersyukur dengan kekuasaan Allah yang Maha Mengasihani Nabi Ibrahim solat 4 rokaat tanda syukur dan solat ini diberi nama solat Zohor..

Manusia pertama solat asar 

Manusia pertama solat Asar adalah Nabi Yunus setelah Nabi Yunus ditelan oleh ikan Yu..di dalam perut ikan Yu Nabi Yunus menangis memohon keampunan..di dalam perut ikan Yu juga Nabi Yunus Solat kepada Allah..setelah Nabi Yunus di luahkan ke tepi pantai dalam keadaan kurus kering dan lapar..Allah telah tumbuhkan pohon2 yg berbuah mengelilingi Nabi Yunus..Nabi Yunus makan sehingga tenaganya pulih lalu Nabi Yunus bangun dan solat 4 rokaat tanda bersyukur kepada Allah yang Maha kuasa..solat itu diberi nama Asar..


Malaikat Zabaniah menangkap Iblis



Kabul Ahbaar berkata: Apabila dunia ini telah musnah dan tidak ada lagi orang yang tinggal di dunia ini baik manusia, jin,syaitan atau binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah swt. kepada Iblis Laknat.Kemudian Allah swt. berfirman kepada malaikat maut: "Aku telah menjadikan pembantu untuk mu sebanyak orang yang ada dari mula hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Malaun terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang-orang dari mula hingga yang terakhir terdiri dari Jin dan manusia dan berlipat kali ganda.


Firman Allah swt. lagi:


" Dan hendaklah kamu membawa 70.000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan cabutlah dengan 70.000 cungkilan dari neraka Ladha. Dan perintahkan kepada Malaikat Malik supaya membuka semua pintu-pintu neraka."


Setelah mendapat perintah dari Allah swt maka malaikat maut itu pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan dan diceritakan andaikata kalau penduduk langit dan dunia melihatnya nescaya akan menjadi cair mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu.Apabila sampai saja Malaikat maut pada Iblis Laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali saja maka jatuh pengsanlah si Iblis laknat dengan berdengkur dan sekiranya dengkur si Iblis laknat didengar penduduk di timur hingga ke barat nescaya akan pengsan kesemua mereka itu, lalu malaikat maut membentak lagi:"Berhentilah kamu Iblis Laknat yang jahat dan kini rasalah kepedihan maut sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang kau hidup dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah swt. terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari!"


Apabila Iblis Laknat mendengar saja apa yang dikatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka iapun lari ke hujung timur, tetapi malaikat maut telah sedia berada dihadapanya, maka larilah Iblis laknat itu menyelam ke dalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada didepanya, lalu laut melemparkan Iblis laknat itu.Maka larilah Iblis laknat itu mengelilingi bumi, tapi tidak ada satu tempat pun untuk ia bersembunyi, kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata:


"Disebabkan kamulah aku menjadi malaun."Kemudian Iblis laknat bertanya kepada malaikat maut:" Minuman apakah yang akan kamu berikan kepada ku dan seksa apakah yang akan kamu kenakan terhadapku?." Malaikat maut pun berkata:" Kamu akan diberi minuman dari neraka Ladha, seksa akan kamu terima serupa dengan seksa ahli neraka dan berlipat kali gandaa". Mendengar hal demikian maka Iblis laknat pun mengguling diatas tanah sambil menjerit-jerit sekuat suaranya kemudian ia lari dari barat ke timur dan berbalik sehingga ia sampai pada tempat yang mula-mula turun ke bumi dulu dan disitu ia dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai ditangannya.Sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah. Wallahualam.


p/s- sedangkan Iblis la'natullah yang jahat lagi terkutuk itu pun takut akan azab neraka..Tapi kita dengan Angkuhnya anggap NERAKA ITU MAINAN dengan mendustakan kebenaran azab yang Allah janjikan. Nauzubillahhiminzalik.



...bersambung...


Air