Wednesday, December 18, 2013

Media Prima semakin jahil!

Well, macam biasa..blog tempat melepaskan perasaan..
tadi, dalam jam 4pm aku bukak tv3 sambil makan nasi lemak & kuih muih yang aku beli... pehtu.. macam biasa lah.. tv3 dengan cerita indon yang mengarut tahap gaban..
kisah-kisah teladan katanya..

sambil makan tu, tengok la jugak walau hati ni rasa macam nak baling telur je kat tv tu.. sebab 100% cerita teladan indon ni mengarut tahap sengal abadi.

geram hati ni. nk tukar chanel,tapi masih lagi nak tengok apa lagi yang mengarut dalam cerita tu..sudahnya, sampai habis aku tengok.. nyirappppppppp je rasa.

siap ada sakti-sakti, magic, sihir, cgi lipan besar, kala jengking besar, ngan pepatung besar, kelawar besar. memang kat hutan-hutan indon ada kot binatang-binatang besar macam tu? mengarut macam haram.

aku rasa macam nak hantuk kepala indon ni kat dinding. ape ke bebal buat cerita mengarut tahap gaban macam tu untuk jadikan kisah teladan? teladan apa yang kau nak cerita sebenarnya?
orang kampung sejemput, dengan tali pinggang sakti, buku sihir.. shit! mengarut KILLER!!!

ok lah kalau indon punya pemikiran memang mengarut tahap abadi.. itu lantak pi la..industri diorang. yang paling tak boleh terima, ada jugak si penyokong abadi ni pegi beli cerita tu untuk masukkan dalam slot rancangan diorang.. tak lain tak bukan TV3..a.k.a media prima..

Ya Allah, kenapa la ada orang yang bebal macam ni sekali? ko beli cerita yang memang 100% mengarut tahap gaban, yang bagi aku membazir tahap cipan. cerita bebal macam ni pun ko nak beli. tak rasa bebal ke? dah la mengarut, mensyirikkan, mengotorkan pemikiran. lagi pulak pemikiran budak-budak. cacri la cerita yang releven sikit. Allah hai.. kesian la aku tengok Media Prima ni..


oh.. yea laa..aku lupa.. Media Prima kan penyokong setia kerajaan. orang kerajaan, no wonder la pemikiran memang mengarut abadi. lagi pulak kerajaan sayangkan pati-pati di Malaysia..bagi pasport kat indon...mungkin Media Prima nak melabur sikit untuk hiburan indon-indon di Malaysia ni.. ok lah, alasan releven tahap nak kena lutut.

malas dah aku nak cakap lebih2.. cerita kat tv3 semua propa.. tak de motif. yang bermotif nya 1 je, iaitu UP kerajaan. tak habis-habis. media media sekarang ni pelik-pelik.
lagipun mana lah nak pikir dosa pahala. ikut dan MISI diorang je..
ape la bebal sangat.
fikir la Media Prima oi..


dosa tau bodohkan orang tak berilmu macam orang-orang kat kampung yang memang akan tengok tv3 je...takpe lah, kau yang tanggung, bukan aku. malas nak cakap banyak.


lu pikir la sendiri.


booooooooooooooooooooooooooooo Media Prima nak-nak TV3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
boooooooooooooooooooooooo!!!!



Wednesday, December 11, 2013

blog ku, aku sayang abadi kat kau!

tak..

...............................

ya.....
.....................................................

sejujurnya, banyak kepahitan dalam diri ni.
lama rasanya tak update blog...

tetiba ada seperkara berlaku tadi..
rasa macam nak luah semua yang terpendam.. bukan sikit, bukan baru.. banyak & dah lama dah di pendam ni! kalau tapai pun boleh basi, inikan hati.

jadi...
hati macam biasalah, sedih sebak pilu tilu bertalu talu...
teringat pulak diri ni dah makin dewasa..
masalah diri tak perlulah dicerita..
tapi blog ni jadi peneman kesedihan..
maka, wahai blog ku sayang.. kau lah peneman segala penderitaan dan luahan yang abadi.. selagi wujudnya email & password ku..
terima kasih blog ku!

(rasanya lebih elok berkasih sayang dengan blog dari berkasih sayang dengan manusia.. tak gitu?)

......................................


11.12.13

Berumah di tepi pantai tak semestinya menjanjikan sesuatu yang indah.
kejadian di luar kotak pasti berlaku walaupun ia bukanlah perjanjian ketika itu.
cukup waktu, usanglah semua pandangan yang dulunya indah belaka.
begitu lah samanya dengan kehidupan.

indahnya pasti di awal,
pertengahannya semakin pudar,
hujungnya pasti suram.
bak dunia yang tiada berkehendakkan cahaya bulan.

setiap liku kehidupan, pasti ditempuh dengan pelbagai ujian.
hinggakan tiba waktu, hati ni memanjatkan suatu doa yang mungkin tidak didengari sesiapa kecuali yang Maha Esa.
ya.. doa itu.. aku mahukan itu di penghujung waktu ku.
alasanku ingin tinggalkan segala keperitan di dunia yang sering aku alami.
ingin tinggalkan hidup yang bergelumung dengan dosa, yang memberi kesan atas kejadian di dunia.
aku ingin bebas berlari di syurga yg Dia janjikan..

tapi..
bila doaku dipanjatkan, akan terdetik di hati suatu perasaan sebak.
apakah aku akan tinggalkan segalanya yg ada di dunia?
perasaan kesian terhadap bebanan yang mungkin akan ditanggung oleh pihak lain..
tapi.. aku hendak mengejar indahnya syurga, bukan dunia.
walaupun pihak itu adalah yang terpenting dalam hidupku..
entah.. tapi hajat hati ingin berlari terus ke syurga tanpa terbeban dengan sebarang dosa.
Allah.. Kau dengar hati perasaanku.. berilah petunjuk.

aku, manusia yang cukup dengan pengalaman hidup yang amat menyakitkan.
walaupun seketika itu aku pernah terasa indahnya dunia, tapi.. bila masa berlalu, peritnya lebih dari yang indah. segala - galanya ku rasa pahit.
sehingga sekarang.
entah apa.. rasa serba tak kena.
memikirkan beginikah selamanya kehidupan?
beginikah selamanya perhubungan?
aku tak sanggup!
sumpah aku tak sanggup!
terlalu pahit untuk ku telan..
sudah ku telan berulang kali, tapi perkara yang sama berulang kembali.

p/s :
susahkah manusia untuk berbuat silap sekali tanpa mengulanginya di kemudian hari?
susahkah?
Lihat...bagaimana payahnya untuk hati manusia itu betul-betul berubah..
kebaikan mereka hanyalah sebesar zarah.
kesilapan, keburukan, kejahatan, kejahilan, kealpaan mereka jauh lebih besar dari alam semesta.
sukar untuk terdetik menjadikan kebaikan itu lebih dari kejahatan dan kejahilan.
sungguh..




(di saat saratnya dengan kandungan 34minggu, menantikan "hari kejadian" untuk menunjukkan erti pengorbanan seorang wanita...
pintaku ; syurga Nya sahaja.. tiada yg lebih indah..
dunia, ketika ini..terasa diri seperti kehilangan, keseorangan, tiada kasih sayang, asyik memikirkan masa hadapan.. bagaimanakah coraknya?.... adakah akan berdiri sendiri, ataupun gagahkan diri bersabar menelan penderitaan? tidak.. aku tak sanggup..

Allah, ambillah aku...terlalu perit berada dengan manusia yang penuh dengan pura-pura...sebak... T__T)