Monday, January 6, 2014

Week 38.. bila nak beranak ni??!!

hmmmmm..nak tulis apa pun tak tau. haha..

ok la..

aku sekarang plus minus nk dekat 38 weeks pregnant..
sekarang memang waktu paling cuak pernah aku rasa.. kalah neves nak masuk dewan exam oh..
fuhh..

ni adalah pengalaman pertama aku mengandung.. so macam2 feel ada.. tapi tak la semua feel..
hehe.. aku selalu tanya & rujuk pakcik google tentang pregnant ni..
macam2.. dari a-z..

awal2 bila preggy, aku duk google pasal simptom org mengandung & jantina baby..
ehee.sbb cita2 suami nak anak lelaki..dia nak cari geng main bola... nak tak nak ikut la petua mak mertua.. petua anak lelaki mak mertua bagi? aaaa... segan aih nak cite. kakaka..
ok lah, mama kata kalau nak anak lelaki, isteri kena climax dulu, baru suami "buang dalam"..
sebenarnya benda ni aku tak tau pun.. selepas beberapa ketika, baru suami cerita yang mama share petua. blushing oh muka den. segannnnnn.. walaupun mak mertua! hihiihi..
kalau anak perempuan,sebaliknya la kot.. hehe..

ok masuk balik bab simptom masa mengandung..
aku punya simpton tak berapa nak over sangat.. awal-awal preggy, aku hilang selera makan, tak suka makan ayam, nak makan buah, pastu tak suka bau perfume hubby, pastu selalu berangin... aa.. tu je la kot. yang lain2, muntah ke,mual ke, mabuk ke, ini ke itu ke memang takde..as simple as that.. ceewahh..
then after bulan puasa, selera makan aku sudah kembali... sampai la harini, berat aku naik mendadak. dari 52kg awal mengandung, sekarang dah 67!!!!! tu la berat paling ngeri pernah aku dapat sepanjang 27tahun aku dibumi ni.hahaha.. lepas puasa selera makan aku melampau2! nasib baik takde diabetis. fuhhh...
skarang aku tekad biar 67kg sampai laaaa aku bersalin nanti..tak sanggup nak menghadapi kenyataan berat naik kao-kao punyee...

ok, bila da google pasal simpton, mesti ada relate dengan jantina baby..
aku punya simptom tu macam bukan anak lelaki jek.. lagipun aku jarang nak bersolek.. tapi hubby cakap "makin nak bersalin,makin berseri"... rahsianya sbb muka aku pucat.so nampak putih. so jadik la berseri2.haha.. kurang darah la mek masa hujung2 ni... sbb tu berseri. wakakaa..tetiba.. tak, motifnya aku rasa anak aku ni perempuan.. sbb mcm aku ckp tadi, aku tak make up.. org kata sbb anak ambil seri aku..kalau lelaki plak, muka si mak baby tu berseri2.. tapi entah la..
ibu aku cakap anak perempuan, mak mertua cakap anak lelaki..sudahnya bila scan nampak anak perempuan.. tapi wallahualam... ibu cite, dulu masa dia mengandungkan adik mirul, masa scan doktor kata perempuan.. bila beranak, mirul nangis suara kecik mcm perempuan,pastu dalam hati ibu kata "ni sah anak perempuan lagi.." ... & sebelum ibu bersalinkan mirul, ayah ada kata kalau dapat anak lelaki ayah peluk cium ibu banyak2... lepas je ibu dengar suara mirul yang mcm bby pempuan tu, ayah terus peluk cium ibu banyak2 sbb dapat anak lelaki.. haaaa... tengok.. scan nampak bby pempuan, bila keluar dapat lelaki..ha.. mcm mana tu? so aku ni dengan hubby duk postif je la ttg jantina bby kami.. pasrah la.rezeki Allah Ta'ala bagi kan.. ehee..ok dah habis..
simple kan..

skarang aku nk cerita pasal tanda-tanda bersalin..
aku ni since week 36 aku duk counting days ja.. bila nk beranak bila nk beranak..tak sudah2.. tak sobar.. skarang da nk week 38 pun aku still lagi duk tunggu sakit yang betul2 punya. sbb aku rasa mcm tiap kali aku sakit perut, ingatkan contraction.. rupanya nak berak. haha.. tapi selalu gak aku rasa sakit pinggang belakang sampai ke bawah.. sakit2 perut tu kekadang je.. tak selalu.. maknanya belum lagi la tu..
lagi 1, pasal air ketuban atau darah & lendir.. benda ni aku selalu tunggu.. tiap2 hari, tiap2 malam.. sampai tak leh nak tdo.. haha. macam sengal pun ade.. orang lain kecut perut nk beranak, aku siap tak boleh tdo tunggu air ketuban pecah... tapi sebenarnya, lain orang lain tanda2 nak beranak tu.. so sekarang aku duk tunggu je la.. nak buek camne.. nanti next entry aku cite la sakit contraction sebenar mcm mana..
aih..
hari2 aku usap perut ni & doa banyak2 supaya anak ni keluar cepat..
2 sebab kenapa aku ni nakkkk sangat2 anak ni keluar awal..
pertama : sebab aku ada kidney complication, pehtu doktor kat spital klang ckp, whatever it is, week 38 kena deliver baby.. tak boleh lebih 40 weeks. tapi dia ckp mulut, & rekod benda ni dalam file simpanan HTAR je.dia x tulis pun dalam buku pink tu.. so bila aku jumpa doktor lain, mesti kena cerita.. kalau tak depa tak tau.. sbb takde rekod dlm buku pink.. kan nyusahkan tu.. ye tak?

kedua : sebab aku aku aku...act, doktor spital klang suh jugak aku beranak kat klang sbb senang nk rujuk and pantau sekali keadaan kidney aku masa beranak nanti...
aku tak nak beranak kat spital klang / HTAR!!!!!!!!!! tak nak!!!!
ramai nasihat, cari spital lain.jangan HTAR,jangan HTAR. dengar cite HTAR punya wad bersalin mcm pasar.bersesak, india, indon ramai. eee..aku seres tak nak.... seres!! sbb tu aku selalu doa & ckp kat baby, sila keluar awal sebelum 13.1.2014 sbb tarikh tersebut, aku ada checkup ANC kat spital klang. kalau masa tu aku tak beranak lagi, doktor tahan wad.so terpaksa la aku p spital klang jugak. sudahnya menangis tak berlagu la ku...

"anakk... tolong la mami.. keluar awal ye.. awak keluar la dalam 8-9-10-11 haribulan.. jangan lebih naaa.. keluar la nak, mami tak sabar nak jumpa awak ni. "... itu je la ayat aku duk ulang dgn bby ni.. harap2 Allah makbulkan permintaan aku ni.. kalau tak, aku terpaksa pasrah je la. beranak beramai2 di klang dikelilingi orang yang bersesak2 dengan nurse2 yang kasar.. huaaa!! tak mauuuu!!!

aku nyesal sebenarnya.. kan dulu aku sakit buah pinggang & buat rawatan susulan kat spital Muar... pastu sbb aku pk,nnti esok lusa perut dah besar, aku tak larat nak berulang alik ke muar utk check up.. jadi aku buat keputusan continue check up kat spital klang.. dan masa tu aku takde la pk spital klang sehebat spital muar.. rupenye spital klang tu sama macam HKL!! crowded! old school!! omg!!!! sorang pun tak btau aku mcm mana spital klang tu.. even laki aku pun tak tau spital klang tu mcm tu walaupun dia org shah alam. sbb dia jarang melangkau masuk area klang yg penuh dengan gangster & indian. haha..aduhh..seres aku nyesal kedaung bila tukar.. skarang da jadi masalah.

macam mana aku nak lariiiii??!! Hubby da pening. dia pun tak nak aku beranak kat spital klang..
kenapa tak pergi swasta? sebab spital swasta mahal kedaung, budget kami tak nak la over2 kat situ je,sbb lepas beranak mcm2 lagi nak guna duit.. biar berjimat cermat. tak usah ikut orang lain..ikut mana yang mampu.. beranak kat mana2 pun sama je.. lagi pun kalau pegi spital swasta,depa take doktor pakar, so mesti diorang hantar ke spital kerajaan.. semuanya kerana KIDNEY COMPLICATION aku ni.. haa.. plus, insurance company husb tak cover utk bersalin..sbb tu la terpaksa juga pergi ke spital kerajaan..

kalau takde aral melintang,anak keluar awal as planned, kami cadang nak gi spital putrajaya... jauh pun jauh la.. lagipun anak pertama ni kan ambil masa plus minus 8jam utk baby keluar.. so take time sikit...

tapi sebelum ni kami ada plan nk deliver bby kat muar je.. dan2 masa dah plan, ada check up & dan2 doktor tambah appointment seminggu 2 kali utk check urine aku (sbb kidney lagi skali lagi). doktor mcm tau2 je aku nak lari dari spital klang. pandai kan doktor. ish.. geram plak kite..

"anak mami... keluar la dikau.. keluar la dikau... fuhhh~"
sambil urut perut ke bawah,biar dia cepat2 turun. ekekeke..

ok la, aku still duk kat kerusi ni bersenang2..
esok lusa aku da beranak, aku nk update lagi entry baru.. mcm mana sudahnya apa yang aku type dari tadi kat sini. hope semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang..
insha Allah...

lagi sekali..
"anak mami... keluar la dikau.. keluar la dikau... fuhhh~"
sambil urut perut ke bawah,biar dia cepat2 turun. ekekeke..


Wednesday, December 18, 2013

Media Prima semakin jahil!

Well, macam biasa..blog tempat melepaskan perasaan..
tadi, dalam jam 4pm aku bukak tv3 sambil makan nasi lemak & kuih muih yang aku beli... pehtu.. macam biasa lah.. tv3 dengan cerita indon yang mengarut tahap gaban..
kisah-kisah teladan katanya..

sambil makan tu, tengok la jugak walau hati ni rasa macam nak baling telur je kat tv tu.. sebab 100% cerita teladan indon ni mengarut tahap sengal abadi.

geram hati ni. nk tukar chanel,tapi masih lagi nak tengok apa lagi yang mengarut dalam cerita tu..sudahnya, sampai habis aku tengok.. nyirappppppppp je rasa.

siap ada sakti-sakti, magic, sihir, cgi lipan besar, kala jengking besar, ngan pepatung besar, kelawar besar. memang kat hutan-hutan indon ada kot binatang-binatang besar macam tu? mengarut macam haram.

aku rasa macam nak hantuk kepala indon ni kat dinding. ape ke bebal buat cerita mengarut tahap gaban macam tu untuk jadikan kisah teladan? teladan apa yang kau nak cerita sebenarnya?
orang kampung sejemput, dengan tali pinggang sakti, buku sihir.. shit! mengarut KILLER!!!

ok lah kalau indon punya pemikiran memang mengarut tahap abadi.. itu lantak pi la..industri diorang. yang paling tak boleh terima, ada jugak si penyokong abadi ni pegi beli cerita tu untuk masukkan dalam slot rancangan diorang.. tak lain tak bukan TV3..a.k.a media prima..

Ya Allah, kenapa la ada orang yang bebal macam ni sekali? ko beli cerita yang memang 100% mengarut tahap gaban, yang bagi aku membazir tahap cipan. cerita bebal macam ni pun ko nak beli. tak rasa bebal ke? dah la mengarut, mensyirikkan, mengotorkan pemikiran. lagi pulak pemikiran budak-budak. cacri la cerita yang releven sikit. Allah hai.. kesian la aku tengok Media Prima ni..


oh.. yea laa..aku lupa.. Media Prima kan penyokong setia kerajaan. orang kerajaan, no wonder la pemikiran memang mengarut abadi. lagi pulak kerajaan sayangkan pati-pati di Malaysia..bagi pasport kat indon...mungkin Media Prima nak melabur sikit untuk hiburan indon-indon di Malaysia ni.. ok lah, alasan releven tahap nak kena lutut.

malas dah aku nak cakap lebih2.. cerita kat tv3 semua propa.. tak de motif. yang bermotif nya 1 je, iaitu UP kerajaan. tak habis-habis. media media sekarang ni pelik-pelik.
lagipun mana lah nak pikir dosa pahala. ikut dan MISI diorang je..
ape la bebal sangat.
fikir la Media Prima oi..


dosa tau bodohkan orang tak berilmu macam orang-orang kat kampung yang memang akan tengok tv3 je...takpe lah, kau yang tanggung, bukan aku. malas nak cakap banyak.


lu pikir la sendiri.


booooooooooooooooooooooooooooo Media Prima nak-nak TV3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
boooooooooooooooooooooooo!!!!



Wednesday, December 11, 2013

blog ku, aku sayang abadi kat kau!

tak..

...............................

ya.....
.....................................................

sejujurnya, banyak kepahitan dalam diri ni.
lama rasanya tak update blog...

tetiba ada seperkara berlaku tadi..
rasa macam nak luah semua yang terpendam.. bukan sikit, bukan baru.. banyak & dah lama dah di pendam ni! kalau tapai pun boleh basi, inikan hati.

jadi...
hati macam biasalah, sedih sebak pilu tilu bertalu talu...
teringat pulak diri ni dah makin dewasa..
masalah diri tak perlulah dicerita..
tapi blog ni jadi peneman kesedihan..
maka, wahai blog ku sayang.. kau lah peneman segala penderitaan dan luahan yang abadi.. selagi wujudnya email & password ku..
terima kasih blog ku!

(rasanya lebih elok berkasih sayang dengan blog dari berkasih sayang dengan manusia.. tak gitu?)

......................................


11.12.13

Berumah di tepi pantai tak semestinya menjanjikan sesuatu yang indah.
kejadian di luar kotak pasti berlaku walaupun ia bukanlah perjanjian ketika itu.
cukup waktu, usanglah semua pandangan yang dulunya indah belaka.
begitu lah samanya dengan kehidupan.

indahnya pasti di awal,
pertengahannya semakin pudar,
hujungnya pasti suram.
bak dunia yang tiada berkehendakkan cahaya bulan.

setiap liku kehidupan, pasti ditempuh dengan pelbagai ujian.
hinggakan tiba waktu, hati ni memanjatkan suatu doa yang mungkin tidak didengari sesiapa kecuali yang Maha Esa.
ya.. doa itu.. aku mahukan itu di penghujung waktu ku.
alasanku ingin tinggalkan segala keperitan di dunia yang sering aku alami.
ingin tinggalkan hidup yang bergelumung dengan dosa, yang memberi kesan atas kejadian di dunia.
aku ingin bebas berlari di syurga yg Dia janjikan..

tapi..
bila doaku dipanjatkan, akan terdetik di hati suatu perasaan sebak.
apakah aku akan tinggalkan segalanya yg ada di dunia?
perasaan kesian terhadap bebanan yang mungkin akan ditanggung oleh pihak lain..
tapi.. aku hendak mengejar indahnya syurga, bukan dunia.
walaupun pihak itu adalah yang terpenting dalam hidupku..
entah.. tapi hajat hati ingin berlari terus ke syurga tanpa terbeban dengan sebarang dosa.
Allah.. Kau dengar hati perasaanku.. berilah petunjuk.

aku, manusia yang cukup dengan pengalaman hidup yang amat menyakitkan.
walaupun seketika itu aku pernah terasa indahnya dunia, tapi.. bila masa berlalu, peritnya lebih dari yang indah. segala - galanya ku rasa pahit.
sehingga sekarang.
entah apa.. rasa serba tak kena.
memikirkan beginikah selamanya kehidupan?
beginikah selamanya perhubungan?
aku tak sanggup!
sumpah aku tak sanggup!
terlalu pahit untuk ku telan..
sudah ku telan berulang kali, tapi perkara yang sama berulang kembali.

p/s :
susahkah manusia untuk berbuat silap sekali tanpa mengulanginya di kemudian hari?
susahkah?
Lihat...bagaimana payahnya untuk hati manusia itu betul-betul berubah..
kebaikan mereka hanyalah sebesar zarah.
kesilapan, keburukan, kejahatan, kejahilan, kealpaan mereka jauh lebih besar dari alam semesta.
sukar untuk terdetik menjadikan kebaikan itu lebih dari kejahatan dan kejahilan.
sungguh..




(di saat saratnya dengan kandungan 34minggu, menantikan "hari kejadian" untuk menunjukkan erti pengorbanan seorang wanita...
pintaku ; syurga Nya sahaja.. tiada yg lebih indah..
dunia, ketika ini..terasa diri seperti kehilangan, keseorangan, tiada kasih sayang, asyik memikirkan masa hadapan.. bagaimanakah coraknya?.... adakah akan berdiri sendiri, ataupun gagahkan diri bersabar menelan penderitaan? tidak.. aku tak sanggup..

Allah, ambillah aku...terlalu perit berada dengan manusia yang penuh dengan pura-pura...sebak... T__T)


Friday, September 27, 2013

mencari masa depan

entah kenapa hati ini terasa sayu...

Allah... apa yang sedang aku fikir ni?

masa depan...
future..
sama je ertinya..
tapi...
Tuhanku, apakah yang Kau takdirkan untukku?
bagaimanakah masa depan hidup ku?
apakah bentuk rezeki aku selepas ini?

akal aku mati..
mengenang masa depan hidupku ...tak, malah hidup kami sekeluarga..
apa nasib anakku?
nasib kami kelak?
adakah masih ada ruang rezeki itu untuk kami?
apakah ia masih tertanam di bumi?
atau masih di lautan?

Ya Allah, ampunkan dosa kami..
ampunkan salah silap kami..
janganlah Kau menghukum kami seperti ini..
permudahkan urusan kami..
turunkan rezeki itu untuk kami..
cerahkan masa depan kami..
Ya Allah... Allah..Allah.. Allah..

Kau saja yang mengerti segalanya..
permudahkanlah Ya Wahhab..
aku percaya padaMu Ya Wahhab..

Masih lagi...
aku fikirkan apakah corak masa depan ku...
aku sedih..
aku sebak..
tersekat, tersentak dengan takdir ini..
apakah yang Kau rancang untukku wahai Tuhanku?
ujian sebeginikah yang Kau takdirkan untuk setiap umatMu yang mendirikan masjid?
beginikah keadaannya?
Subhanallah... besar sungguh ujian ini Ya Allah..
tak termampu kami untuk menanggung..
kuatkan kami Ya Wahhab..
kuatkan kami!

tersisihnya kehidupan kami kala ini..
tersempitnya keadaan kami kala ini..
sedihnya hati kami kala ini..
tunjukkanlah Ya Wahhab..
tunjukkan rezeki dan masa depan kami...

aku masih lagi kekal buntu di sini..

suamiku..
anak kandungan ku..
penyakitku..

skarang dgn pekerjaanku..
nak beranak pula..
menumpang..
tersisih..

Allah huakhbar!!!

aku percaya...
walau aku tak nampak..
tapi aku cuba percaya..
mudah mudahan Kau dengar rintihanku Ya Allah, Ya Wahhab, Ya Razaq, Ya Haiyum, Ya Qaiyum..



aku masih di sini..
mencari masa depan yang tak pasti..

rabbi yasir wala tu asir, rabbi tamim bil khoir...
(~____~)

Tuesday, June 18, 2013

kotak kosong dan isinya

............

pernah tak kita terfikir hidup dalam satu kotak yang kosong yang kemudiannya di datangkan dengan satu isi yang sudah tentunya menceriakan segenap ruang?

tak perlu isi yang banyak.
walau hanya segenggam kertas yang di renyuk dan di buang, ia masih juga tetap menceriakan segenap ruang tersebut..

........

ah,
aku terlalu banyak berfikir hari ini...

kotak itu adalah hidupku..
blog ini adalah segenggam kertas yang di renyuk yang juga masih menceriakan segenap ruang hidupku....


Friday, May 17, 2013

Kisah-kisah Anbia yang kita mungkin tak tau....



Assalamualaikum..

Sempena hari jumaat 7 Rejab 1434Hijrah harini, saya nk kongsi sikit ilmu dari kawan saya bernama Syakir.. dia dalam wassap selalu sgt kasi bed time story sebelum kami akhiri gelak ketawa utk hari tu...

dan credit pada zihan sebab simpan..

credit jugak pada saya yg upload dlm blog & fb utk pengetahuan semua orang.. hehe.. sharing is caring..

ok jom baca.. semuanya menarik!

pasti ada tajuk2 tertentu yang kalian akan ckp "oo..mcm tu ke?" atau.. "oo..baru tau".. hehe

jom tengok!>

Air zam zam 
Bila siti sarah cemburu dan minta elok2 supaya Nab Ibrahim keluarkan siti hajar dari rumah tu..maka Allah pun mewahyukan kepada Nabi Ibrahim supaya hantar Siti Hajar di satu kawasan di tengah padang pasir yang panas terik tiada tempat berteduh..
Dengan keimanan yang teguh Nabi Ibrahim dan Siti Hajar mereka pun pergi..tempat tu memang gersang dan tiada air..tengah padang pasir..berkat keyakinan Allah akan memelihara siti hajar...Nabi Ibrahim pun tinggalkan Siti Hajar yg mengandung di situ..pulanglah Nabi Ibrahim..
Tapi di binakan juga bilik atau tempat berteduh utk Siti Hajar...yg sekarang di beri nama Hijir Ismail...
Setelah Nabi Ismail lahir...waktu Nabi Ismail menangis...Siti Hajar tahu nabi Ismail dahagakan air...maka siti hajar ternampak ada satu bukit sepertinya ada air yg bertakung..sebenarnya bukan air...kan bila cuaca panas kita nampak macam ada air sebenarnya bukan air...perasan tak bila kita duduk d kawasan panas di atas jalan raya..kita tengok jalan raya nampak macam ada airkan..
Ok..bila siti hajar nampak macam linangan air di kawasan bukit iaitu bukit safa..berlarilah siti hajar ke bukit safa itu..sampai ja di bukit safa tiada air pun...bila siti hajar berpaling ke bukit marwah nampak linangan air di bukit marwah maka larilah siti hajar ke bukit marwah..tapi bila sampai tiada air..bila tengok bukit safa balik nampak linangan air lari balik ke bukit safa...tengok balik ke bukit marwah nampak air lari pula ke bukit marwah..begitulah sebanyak 7 kali siti hajar berlari.
Bila nampak air tu Siti Hajar pun kata zam-zam...zam-zam...maksud zam-zam adalah..bertakunglah-bertakunglah...berkat doa siti hajar dan mukjizat hentakkan kaki nabi ismail yg Allah berikan..sampai sekarang air tu bertakung dan diberi nama air zam-zam...
So dari kisah siti hajar berlari2 nak dapatkan air dari bukit safa ke bukit marwah tu la yg di panggil saie...jarak bukit safa ke bukit marwah lebih kurang standard antara hujung padang bola sepak ja..
Maknanya dari tiang gol ke tiang gol satu lagi..tu ja jaraknya..



Mcm mn babi & tikus wujud 

Setelah berlaku banjir besar maka belayarlah bahtera Nabi Nuh dgn izin Allah...di dalam bahtera tersebut ada bertingkat2...tingkat paling bawah di letakkan binatang liar dan buas...seperti harimau..singa..gajah..dan lain2 yg liar...jadi bila dah berlayar akibat banjir besar terlampau lama..Najis binatang itu berkumpul terlalu banyak lalu mengeluarkan bau yg terlampau busuk...persoalannya siapa yg berani utk mencuci Najis itu dengan binatang buas? Lalu Nabi Nuh memohon petunjuk dari Allah utk menyelesaikan masalah tersebut..Allah mewahyukan agar Nabi Nuh mengosok bontot Gajah...setelah di gosok lalu keluarlah babi dgn izin Allah...babi di tugaskan utk memakan najis2 tersbut sehingga bersih...Iblis yg melihat kejadian tersebut melakukan hal yg sama di bontot babi lalu keluarlah Tikus dgn izin Allah..tikus keluar dan memakan kayu bahtera untuk membocorkan bahtera tersebut...Allah mewahyukan lagi kepada Nabi Nuh agar menggosok bontot Harimau..lalu keluarlah kucing yg mengejar dan memakan tikus demi mengelakkan kebocoran bahtera tersebut...Wallahhua'lambissawab...

Subang (tindik) & sunat bagi perempuan 

Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah anak pemerintah ketika itu...tapi setelah lama berkahwin mereka tidak dikurniakan zuriat...Siti Sarah isteri yg solehah dan sayangkan suaminya Nabi Ibrahim...Siti Sarah tahu Nabi Ibrahim mahukan zuriat bagi mewarisinya dalam menyebarkan Islam...
Lalu siti sarah memberi cadangan kepada Nabi Ibrahim agar kawin lagi sorg..Siti Sarah sanggup bermadu...nabi Ibrahim yg mahukan zuriat setuju tapi Nabi Ibrahim minta siti sarah yg carikan...(Nampak tak Nabi bukan kawin sebab nafsu)...
Lalu Siti Sarah carikan dari kalangan orang gajinya...Siti Sarah pilih Siti Hajar yang tak secantik Siti Sarah...siti sarah cantik tapi siti hajar tak cantik...ok bila dah di nikahkan..beberapa tempoh kemudian siti hajar pun mengandung...
Seronoklah Nabi Ibrahim...bila Siti Hajar mengandung..biasa la pompuan mengandungkan macam2..morning sickness laa..mengidam laa...letih laa...lalu Nabi Ibrahim bagi perhatian penuh la takut apa2 jadi kat Siti Hajar...
Bila siti sarah tengok dia cemburu...tapi cemburu dia adalah cemburu yg normal di kalangan wanita..bukan cemburu yang sampai nk gadoh2 nk cerai berai tu...
Bila dah cemburu siti Sarah pun panggil siti hajar waktu Nabi Ibrahim tiada di rumah...siti sarah tebuk telinga siti sarah dan di pakaikan anting2 supaya Nabi Ibrahim tengok Siti Hajar dan nampak tak cantik atau pelik la kan..siti hajar tak melawan siti sarah sebab dia sedar dia adalaha orang gaji ja..
Tapi bila Nabi Ibrahim balik dan tengok Siti Hajar Nabi Ibrahim suka dan nampak cantik...lagi la siti Sarah tak puas hati..bila Nabi Ibrahim tiada di rumah lagi..Siti Sarah potong sedikit daging kemaluan Siti Hajar nk bagi nampak pelik dari kebiasaan...tapi bila Nabi Ibrahim balik dan tengok nampak bersih lagi la Nabi Ibrahim suka...
Maka faham lah siti sarah dia macam mana pun Allah akan melindungi aib siti Hajar...lalu Siti Sarah pun bercakap elok2 kepada Nabi Ibrahim bagitau kata dia cemburu dan minta Siti Hajar di pindahkan ke tempat lain....masa ni lah Allah perintahkan Nabi Ibrahim hantar Siti Hajar ke tempat yg dekat dengan Kaabah tu...tanah gersang yang panas...so sambung la dengan kisah saie tadi...faham?

Siapa itu iblis 


Iblis ni sebelum kewujudan Nabi Adam...Iblis adalah malaikat...Iblis adalah ketua malaikat...tiada muka tempat di muka bumi ini yang tidak pernah kena sujud Iblis saat dia taat pada Allah...sehinggalah Allah mencipta Nabi Adam..Iblis dengan angkuh tidak mahu sujud kepada Nabi Adam dengan melanggar perintah Allah...makluk pertama yg lawan perintah Allah adalah Iblis...lalu Allah menghalau Iblis dari syurga...Iblis keluar dari syurga dengan gaya bersiul2 tanda angkuh.....setelah di halau keluar dari Syurga, Iblis selalu mencuri2 dengar dilangit ke 7 ilmu2 atau perkara2 yg Allah sampaikan kepada Malaikat lain d Syurga..sebab tu la Iblis boleh dapat ilmu yg sama macam Nabi Nuh utk jadikan tikus..faham semua?...masa Iblis curi2 dengar akan ada malaikat lain akan memanah iblis dan sekutu dia dengan petir...tu yg kita selalu tengok kilat sabung menyabung dentuman guruh..tu Malaikat sedang tembak iblis nk dengar ilmu Allah la tu utk pesongkan anak cucu Nabi Adam..



Manusia pertama solat subuh 

Manusia pertama yg solat subuh adalah Nabi Adam...setelah Nabi Adam dan Siti Hawa di turunkan ke bumi ketika itu waktu malam gelap gulita..Nabi Adam di turunkan di bumi India...dalam keadaan gelap gulita itu Nabi Adam dalam keadaan ketakutan menangis memohon keampunan dari Allah sehinggalah Nabi Adam nampak cahaya kemerah-merahan...lalu Nabi Adam gembira dan melakukan solat 2 rokaat tanda terima kasih dari Allah yg memberi sinar cahaya harapan dan terkeluar dari kegelapan yg menakutkan yg diberi nama Subuh...

Manusia pertama solat zohor 

Manusia pertama solat Zohor pulak adalah Nabi Ibrahim iaitu ketika Nabi Ibrahim diuji supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail...Setelah penyembelihan berlaku Allah telah menukarkan dengan kibas sebagai ganti kepada Nabi Ibrahim...kerana berasa gembira dan bersyukur dengan kekuasaan Allah yang Maha Mengasihani Nabi Ibrahim solat 4 rokaat tanda syukur dan solat ini diberi nama solat Zohor..

Manusia pertama solat asar 

Manusia pertama solat Asar adalah Nabi Yunus setelah Nabi Yunus ditelan oleh ikan Yu..di dalam perut ikan Yu Nabi Yunus menangis memohon keampunan..di dalam perut ikan Yu juga Nabi Yunus Solat kepada Allah..setelah Nabi Yunus di luahkan ke tepi pantai dalam keadaan kurus kering dan lapar..Allah telah tumbuhkan pohon2 yg berbuah mengelilingi Nabi Yunus..Nabi Yunus makan sehingga tenaganya pulih lalu Nabi Yunus bangun dan solat 4 rokaat tanda bersyukur kepada Allah yang Maha kuasa..solat itu diberi nama Asar..


Malaikat Zabaniah menangkap Iblis



Kabul Ahbaar berkata: Apabila dunia ini telah musnah dan tidak ada lagi orang yang tinggal di dunia ini baik manusia, jin,syaitan atau binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah swt. kepada Iblis Laknat.Kemudian Allah swt. berfirman kepada malaikat maut: "Aku telah menjadikan pembantu untuk mu sebanyak orang yang ada dari mula hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Malaun terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang-orang dari mula hingga yang terakhir terdiri dari Jin dan manusia dan berlipat kali ganda.


Firman Allah swt. lagi:


" Dan hendaklah kamu membawa 70.000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan cabutlah dengan 70.000 cungkilan dari neraka Ladha. Dan perintahkan kepada Malaikat Malik supaya membuka semua pintu-pintu neraka."


Setelah mendapat perintah dari Allah swt maka malaikat maut itu pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan dan diceritakan andaikata kalau penduduk langit dan dunia melihatnya nescaya akan menjadi cair mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu.Apabila sampai saja Malaikat maut pada Iblis Laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali saja maka jatuh pengsanlah si Iblis laknat dengan berdengkur dan sekiranya dengkur si Iblis laknat didengar penduduk di timur hingga ke barat nescaya akan pengsan kesemua mereka itu, lalu malaikat maut membentak lagi:"Berhentilah kamu Iblis Laknat yang jahat dan kini rasalah kepedihan maut sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang kau hidup dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah swt. terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari!"


Apabila Iblis Laknat mendengar saja apa yang dikatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka iapun lari ke hujung timur, tetapi malaikat maut telah sedia berada dihadapanya, maka larilah Iblis laknat itu menyelam ke dalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada didepanya, lalu laut melemparkan Iblis laknat itu.Maka larilah Iblis laknat itu mengelilingi bumi, tapi tidak ada satu tempat pun untuk ia bersembunyi, kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata:


"Disebabkan kamulah aku menjadi malaun."Kemudian Iblis laknat bertanya kepada malaikat maut:" Minuman apakah yang akan kamu berikan kepada ku dan seksa apakah yang akan kamu kenakan terhadapku?." Malaikat maut pun berkata:" Kamu akan diberi minuman dari neraka Ladha, seksa akan kamu terima serupa dengan seksa ahli neraka dan berlipat kali gandaa". Mendengar hal demikian maka Iblis laknat pun mengguling diatas tanah sambil menjerit-jerit sekuat suaranya kemudian ia lari dari barat ke timur dan berbalik sehingga ia sampai pada tempat yang mula-mula turun ke bumi dulu dan disitu ia dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai ditangannya.Sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah. Wallahualam.


p/s- sedangkan Iblis la'natullah yang jahat lagi terkutuk itu pun takut akan azab neraka..Tapi kita dengan Angkuhnya anggap NERAKA ITU MAINAN dengan mendustakan kebenaran azab yang Allah janjikan. Nauzubillahhiminzalik.



...bersambung...


Air