Friday, June 22, 2012

Manusia

Manusia..

tak pernah pelik dengar perkataan tu...
corak mereka memang berbeza..
hidup mereka..
cara mereka..
kerja mereka..
diri mereka..
sifat mereka....
kekuatan mereka..
azam mereka...

tiap apa yang mengalir dalam diri manusia adalah berbeza dengan manusia lain..
ya..
memang 1001 persoalan yang berada dalam jiwa diri hidup masa mereka..
aku sebagai manusia lain,tak pernah membantah akan persoalan mereka..
cuma terkadang... persoalan mereka buat aku buntu..
duduk mendagu memikirkan sesuatu..
sesuatu yang berlari dalam benak fikiran..

Manusia....

adakah mereka tak pernah menjaga hati manusia lain?
apakah yang sebenarnya mereka persoalkan, sehingga secara tiba-tiba mereka mendiamkan diri?
apakah salah dan kekurangan aku sebagai manusia lain?
apakah besar salah aku terhadap kau manusia itu?

Manusia...

jikalau lah ia benar..
maka maafkan aku...
maafkan aku kerana mencorakkan kehidupan ku sebegini..
sehingga memberi tempias kepada diri kamu...
sehingga membuat kamu rasa kehilangan akan secebis sifat seorang manusia ini..
maafkan aku kerana aku bertindak sebegini...

seorang manusia harus teruskan hidup dan sentiasa berjuang untuk manusia lain..
begitu lah aku.. begitu lah juga kamu...


maafkan aku andai manusia di hadapan ku tidak mengerti..
maafkan aku andai manusia di celahan bucu itu menyendiri..
maafkan aku andai manusia di dalam bulatan itu berlalu pergi..



Manusia..
makhluk Allah SWT..yang pastinya penuh dengan perbezaan..
maka nilaikan setiap inci corak kehidupan manusia terhadap manusia lain..
dan di situ lah manusia akan mengerti akan manusia lain..


-niza-






No comments:

Post a Comment