Thursday, December 27, 2012

Bintang

Nyamannya cuaca ini!

langit seperti menunduk..
sepertinya mahu mengatakan sesuatu..


oh.. langit, apa yang kau nak kata pada ku?
adakah kau ingin kata ada bintang baru di atas sana?
kalau ada... aku ingin terbang ke atas!
untuk melihat bentuk sebenar bintang..
kenapa bintang itu selalu berkelip bercahaya
kenapa bintang itu jauh dan terapung
kenapa wujudnya bentuk2 bintang zodiak
kenapa juga bintang di dunia harus di lukis dengan adanya 5 penjuru
adakah itu sebenarnya bentuk bintang?

kalau ada juga.. aku mahu melukis gambaran sebenar bintang itu..


kalaulah aku dapat terbang ke sana..
kerlipan mataku pasti tidak lagi berkelip
menikmati indahnya bintang sebenar..

aku mahu pulang ke bumi dengan senyuman
yang pasti dapat menerangkan segenap hati manusia..
lagi indah kalau bintang itu dapatku petik
tunjukkan ia kepada manusia
supaya mereka bersyukur dan hargai ciptaan Ilahi.

kalaulah aku dapat terbang ke sana..
akan aku ciptakan lagu untukmu
walau kau tidak bernyawa sekali pun
keindahan mu di atas,
adalah sesuatu yang cantik di sini..
megahnya bintang di atas sana
dengan gaya mu
cahaya mu
aku hanya kerdil di muka bumi
yang hanya menikmatinya dari jauh...

segarnya pemandangan..cukup dengan angan-angan ku yang terbang tinggi untuk mencapai bintang..
aku tunduk.. ya, aku masih di bumi nyata..
bila di lihat kembali ke arah bintang, macam baru tadi aku terbang..
aku pasti akan rindukan mu bintang!

jangan tinggalkan aku!
muncullah engkau bila2..
kalau kau ada, aku juga masih ada
kalau kau bercahaya, aku juga masih bercahaya..
walau kau jauh, kau tetap di situ..dan aku di sini..
kita sama sama perhati dari jauh..
tapi jangan tunggu aku!
walau aku tiada,
kau harus tetap berseri megah bercahaya nun di atas sana
untuk menawan hati insan lain selain aku..
kau dan aku tetap bersatu..

kejoraku bersatu...






No comments:

Post a Comment