Thursday, December 27, 2012

Bunyi kipas

Kalau dapat di tulis bunyi kipas siling, pasti lebih menarik..

aku, mata, kipas....

Pelbagai persepsi yang berlegar dalam kotak fikiran..
Tapi, tak satu pun yang melekat untuk di fokus-kan..
apa yang menggangu ku?
mungkinkah bunyi kipas tu?
atau kerana mata sudah dahulu lena terpejam 9.40pm tadi?
sekarang.. jam di handphone menunjukkan 3.43pagi..
Persepsi fikiran masih lagi berlegar..
mungkin diiringi dengan bunyi kipas..
atau mungkin fikiranku sedang seperti kipas tu?


lagi..
Kalau dapat di tulis bunyi wassap dalam phone, pasti juga lebih menarik..
screen telefon tertera group wassap..
senyum..
inilah yang membuatkan aku tersenyum..
dengan telatah mereka, aku memang tidak akan berhenti senyum dan ketawa..

senyum..dan tersengih
terkadang sedar diri.. macam kurang siuman..
tapi...
mereka masih buatku tersenyum..
biarlah akal berasa kurang siuman, tetapi hati tetap tersenyum.
seri dengan senyuman yang terukir di sudut bibir ini..
Apa pun, ia tetap sesuatu yang menggembirakan aku saat ini..
Alhamdulillah


Aku masih bermenung sendirian..
dalam diam..hanya di sulamkan dengan bunyi kipas di siling..

Tenung dan diam
pusing dan diam..
teringat entry yang lepas, semuanya sbb lapar..
kali ni perut memang ternyata kenyang.. sbb sblm tidur tadi tekak da merasa kue tiaw goreng kegemaran di kedai makan lenggong, seksyen 20..
ha! ckp pasal makan, mungkin inilah punca aku tidur awal..
ular sawa melengkau atas katil sampai mata terpejam..
dan sekarang.. padahnya terjaga lewat pagi..

Tapi aku masih memikirkan apa yang harus aku buat?
macam mana nak tidur semula dengan nyaman?
perlahankan kipas itu atau apa?

aku terus diam..
menggerakkan hujung kaki
memeluk bantal
menarik selimut tebal
dan coba untuk lelapkan mata..
coba dan aku harus coba..



No comments:

Post a Comment