Awan itu masih sama tatkala pertama kali engkau aku kenali
Awan itu masih sama dengan warna yang berseri
Awan itu juga masih beredar mengelilingi bumi
Awan itu juga masih resah akan hujan dan panas
Begitu juga aku
Masih diriku yang asal
Masih sama dengan warna yang berseri
Masih juga beredar antara masa
Masih juga resah akan takdir dan waktu
Bicara yang manis kini bagai pisau tajam yang menikam
Tak usah kau memujuk tak usah kau merayu
Aku adalah sama
Sama dengan awan
Yang dirinya tidak lari dari takdir dan waktu
Yang dirinya tidak lari dari resah
Yang dirinya tidak lari dari menangis..
Awan itu jujur..
Tak pernah menipu dengan perasaan sendiri..
Tak pernah membantah akan takdir yang 'Tuan'nya tentukan..
Tak pernah lari dari sinar,angin dan basahnya hujan..
Tak pernah!
Awan itu adalah aku..
Tanam ia dalam diriku
Takkan terlihat pada pandanganmu
Awan itu memujukku
Untuk terus berlalu
Berlalu membawa hati pilu
Cukup..
Ia sekadar menjadi pandangan waktu berjauhan
Tiada lagi duka
Tiada lagi selumbar bisa
Tiada lagi merana...
Awan itu adalah aku
Perhati la ia kerana aku di situ..
No comments:
Post a Comment