Tuesday, April 12, 2011

Awal & Akhir

pertama bertemu,
hujung bibir tersimpul malu,
kutujukan lagu untukmu,
dan disayang2 selalu.

bila lama menunggu,
hati menjadi batu,
berkata cantik pun x mahu,
pertengahan jalan ku kata x mampu.

kuatkan hati ingin bertemu,
lamaran org ku buat tak tahu,
semakin lama aku menunggu,
putus harapan untuk bersatu.

mengertilah kau wahai kasihku,
ku disini sebagai perindu,
di mana asal janji manismu,
ingin bersama menjadi satu??

bila mana kudiam membisu,
kau bilang aku dah jemu,
kepercayaanmu bukan untukku,
apa lagi mahuku tunggu??

tika malam kau mahu bertemu,
kerna syg aku setuju,
tangisan aku kau buat tak tahu,
malangnya diri menjadi mangsamu.

mungkin ini takdir diriku,
melepaskan diri menjadi ratu,
semoga berbahgia ku ucap padamu,
itu lah engkau "bekas kekasihku".

diriku pahit bukan lagi madu,
alamku gelap kerana kejammu,
malang datang menimpa dirimu,
kusujud tangis "Tuhan mengertiku"..

kuleraikan tangis ku ubah lagu,
kenangan pahit biarkan lalu,
lepaskan sisa umpama peluru,
hidup tenang tiada yang mengganggu....





note : act mlm tadi ada rasa ckit terkilan,then aku create 1 note dlm npone..sedap abes lah..
bila pagi nk tgk apa yg aku create,da tade!!! means aku x save!
OMG kecewa sgt di hati sbb poem tu sgt puitis..
aihhhh..(_ _!)
lalu aku gantikan ini untuk koleksi peribadi..
selamat membaca ^_^

No comments:

Post a Comment