Monday, April 18, 2011

Dinar Emas - Forum kegemaran

Salam kalian,

Entry kali ini adalah sekadar ingin berkongsi akan forum kegemaran saya setakat ini melainkan forum mengenai politik yang isinya dah tentu sama... POLITIK bagi saya semakin membosankan..
Hati berdetik, dari memikirkan gejolak politik Malaysia yg kian meruncing, lebih elok baca forum2 menarik tentang isi kandung agama Islam, al-Quran, ilmu2 tauhid dan segala yang berkaitan tentang agama Islam.

Kalian, saya bukanlah seorang yg begitu arif tentang agama Islam ni & bukanlah juga seorang yg begitu sempurna tentang amalan di dunia...tapi sedikit sebanyak saya dapat belajar & menikmati perubahan dlm diri secara perlahan.. ye lah,secara logiknya USIA mematangkan kita..
Pedulikan apa yang 'mereka' bicarakan tentang kita.. sudah tentunya mereka memang tidak pernah mendalami hati kita yang menjadi sihat sedikit demi sedikit.

Selepas je saya baca perkara yang berkaitan Agama yg pastinya memang menjadi pilihan hati dari kecil lagi, pasti akal & hati terbuka secara langsung.. dan bagi saya lah, lebih baik saya membaca,mengkaji ilmu-ilmu Islam yang sesungguhnya menjanjikan Syurga dari menela'ah buku-buku di Universiti yg pastinya sudah 100% dibubarkan oleh org2 kafir ni dan hanya menjanjikan kebaikan kehidupan di dunia sementara ni.. Kalau nk ditafsirkan, ramai manusia yang mengejar ilmu-ilmu utk kebaikan diri di dunia,tapi x mengejar ilmu,kebaikan & pahala yang lebih menjamin diri sendiri di padang masyar..

Kesal juga bila difikirkan keadaan ni.. tapi terpulang lah kepada empunya diri.. bagaimana utk membentuk hati. Hari demi hari, semakin kuat dalam diri saya untuk mencari sesuatu yang sesungguhnya mendatangkan kebaikan.. Semoga apa yang diimpikan utk menjadi sempurna demi Allah SWT, dimakbulkan..


Jom saya kongsikan kepada kalian my all time fav blog.. :)

vatican & Islam : http://www.dinar-emas.com/vaticans.html#axzz11rSQiwco
Hitler & Ulamak Islam : http://www.dinar-emas.com/hitlers.html#axzz1JvEalZq6
Setiap Umat & Nabi : http://www.facebook.com/notes/dinar-emas-pengedar-syiling-sedunia/setiap-umat-pernah-didatangi-nabi/183210651701628
Budaya Melayu : http://www.dinar-emas.com/misc.php?page=siri_1#axzz1JvEalZq6
Bulan & Matahari : http://www.dinar-emas.com/bulan_matahari.html#axzz1JvEalZq6



haaa..nk lagi senang like je fb diorang ok..

http://www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak

Kalian,
baca dengan mata hati tau..


Semoga blog tersebut sedikit sebanyak menambahkan ilmu di hati kalian..
amin~


-wallahualam-

No comments:

Post a Comment