Tuesday, April 12, 2011

tenang

Salam ku pada semua..
mesti tertanya apakah maksud sebenar tajuk tu..
mengelirukan plak..hmm.
nota ini adalah sebahagian dari luahan hati..

semalam..
hari yg bahagia..juga hari yg memeritkan bagiku..
bila di renungkan kembali,ya.. ini adalah sebahagian dari ujian yg Allah berikan utk ku.
atas sebab kenapa...
-mungkin untuk menguji tahap kesabaran ku
-mungkin untuk memberikan kegembiraan lain selepas ini
-mungkin untuk mencantikkan corak kehidupan aku
-mungkin untuk memberi tunjuk & hidayah kepada ku..
dan mungkin .....
byk lagi mungkin jika difikirkan..

tapi..
tak apa lah...
aku tahu Allah itu akan sentiasa menguji hamba-Nya..
kerana Dia berhak untuk menunjukkan sesuatu  & memberi sesuatu...
Dia juga memberi ganjaran ke atas kebaikan yg hamba-Nya lakukan..
Dia juga mengerti akan kesusahan dan kelemahan sesetiap manusia..
Dia lah juga yang mengerti segalanya..
dan Dia tidak pernah membiarkan hamba-Nya berada dlm kesusahan..
dan Dia itu lah Allah Maha Besar..
Zat2 yg ada pada-Nya tidak bisa di tandingi sesiapa..
Tundukku pada Tuhan ku yg Satu..
Tiada Tuhan selain Engkau Ya Allah..

aku redha..
dalam setiap senyuman..gelak besarku..
kepala gilaku..
isi tersirat..tiada siapa yg tahu..
ibarat kata "Tenangnya air di permukaan..tapi bergelora sakan di dalam"..
yeye je kan..ayat tu aku reka sdri...tapi ok la..
sama juga la ertinya dengan maksudku..

bertahun lama aku menempuh kehidupan ini..
tipu lah kalau aku kata Tuhan x dengar doa & luahanku..
tiap kali ujian yg Dia berikan..
kdg2 buat aku mengamuk..dan tertanya kenapa..
jgn sesekali tanya kenapa Tuhan berikan ujian tu pada aku..
kerana aku harus mengerti..bahawa tiap insan juga akan melaluinya seperti aku..
ya..aku bukan berseorang dlm menghadapi perit luka ini..
Tuhan akan sentiasa bersamaku.

bilamana aku dah menempuhi berbagai jenis kehidupan..
percayalah tidak lama lepas tu kegembiraan akan menantiku..
bahagia selalu...kepala pun lapang..hatiku tenang..
tiada lagi yg bergelora..
dan kalau ada pun,ia bisa ditangani dgn mudah...
cuma kalau kita tuntutkan kebahagian..
jgn sesekali lupa menghadap Tuhan yg Esa..
jgn lupa menundukkan diri...menadah tangan kepadanya..

ya..aku juga pernah seperti segelintir kamu2 skrang ini..
dan 
ya..tu lah aku sampai sekarang ini..
tapi itu lah... pesan seseorang hamba Allah kepadaku..
"jahat mana kita,Solat jgn sesekali tinggal"..
dan insyaallah..aku tumpukan pada pesan itu..
dan bila masa aku di dalam kesusahan..
fikirku...takpe...Tuhan pasti dengar rintihan hatiku..
maka dengan itu aku luahkan ia disini..
berharap satu hari nanti..
kegembiraan menemuiku..
amin..

smoga keperitan hari semalam akan membawa lembaran,keadaan baru untuk diriku dan orang lain..
syukur masih ada yang sentiasa menemaniku walau susah @ senang..
Alhamdulillah..
terima kasih insan..
Smoga doaku kepadamu di dengar oleh-Nya..
Tuhan saja yg dapat membalas apa yg telah kamu korbankan untukku..

-niza-
air bergelora tadi kembali tenang..
tenangnya kerana Allah..insan..& positif..

No comments:

Post a Comment