Tuesday, April 12, 2011

ertinya berbicara

baru semalam aku berfikir...
kembali diam bila kata ini berlegar2 dalam kotak fikiran.
"blajar elok2 & jgn meninggi diri kalau dah berjaya".

kembali berfikir..
tepuklah hati tanya lah akal..
bersedia lalu bertanyakan ttg diri
bila dah tahu aku berdiam sendiri..
kembali berfikir..

kalau aku tak tanya,maka aku tidak mengerti..
kalau aku tak tanya,maka cara ku di salah erti..
dengan pasrah aku menerima kecilnya hati..
tiada apa nk diperkata lagi..

"Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang" - Pak Pandir

dalam kepahitan aku menerima..
perlahan lahan.. sedikit demi sedikit..
kepala mendongak, tangan menadah..
syukur aku masih lagi sedar.
bahawa aku adalah insan yg serba kekurangan..
syukur kepada Tuhan.
bahawa aku adalah insan yg menerima perubahan..

ya..
xperlu gopoh akan sesuatu..
teruskan bertanya,kerana aku akan sentiasa mengenal diri..
rendahkan budi.. tundukkan hati..
nescaya hidup lebih berbahgia nanti...

lihat kiri dan kanan..
lihat depan dan belakang..
tiap insan punya cara tersendiri..
tapi takkan kita tidak mahu mengubah diri..
orang lain hepi kita nk sepi??

---

aku tunduk jangan angkuhkan diri..
persoalan ini, jawapnya di dalam hati..
lalu tepuklah hati tanyalah akal.
berbuat baik nescaya disayangi..
budi pekerti di pandang suci..

perkara ini mungkin di anggap remeh pada segelintir manusia,
tapi percayalah..bila tiba masa..Tuhan akan bukakan pintu hatinya..
dan masa itulah keadaan akan berubah..
moganya ia menjadi lebih bermakna..
amin...

-niza-

No comments:

Post a Comment